Utusan Borneo (Sarawak)

Pembunuh upahan antara 800 penjenayah sedang dikesan

-

KOTA BHARU: Pembunuh upahan dipercayai antara orang yang tersenarai dalam lebih 800 penjenayah atau orang yang dikehendak­i oleh Polis Kontinjen Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohd Fakri Che Sulaiman berkata daripada jumlah yang tersenarai itu, terdapat 13 individu yang dikategori­kan terbabit dalam kes berat seperti bunuh, culik dan mendatangk­an kecederaan.

“Kesemua penjenayah ini sukar dikesan kerana sentiasa bertukar alamat, mengubah penampilan diri tetapi yang membimbang­kan ialah mereka berada dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, semalam.

Mohd Fakri berkata, polis sudah menjalanka­n operasi termasuk sekatan jalan raya bagi menahan mereka namun masih gagal.

Beliau berkata, kes jenayah berlaku disebabkan adanya golongan berkenaan iaitu yang suka melakukan jenayah dan sebahagian daripada mereka ini biasanya sudah mempunyai rekod.

“Ada antara suspek yang dikehendak­i ini bukan sahaja oleh polis Kelantan tetapi oleh polis negeri lain kerana turut melakukan jenayah di sana.

Ada kes seorang lelaki yang dikehendak­i ini dipercayai bertindak sebagai pembunuh upahan. Dia sekarang kemungkina­n sedang bersem- bunyi dan akan menjalanka­n tugasnya sebaik keadaan reda,” katanya.

Mohd Fakri berkata gambar kesemua penjenayah akan ditempatka­n di kawasan tumpuan awam seperti masjid dan balai polis.

“Kebanyakan penjenayah ini dipercayai amat agresif dan orang ramai dilarang sama sekali untuk cuba mem- buat tangkapan kerana boleh mendatangk­an bahaya, cuma mereka diminta menyalurka­n maklumat kepada polis untuk tindakan lanjut “katanya.

Katanya sebelum ini terdapat seramai 1,086 penjenayah yang tersenarai tetapi 264 daripadany­a berjaya ditahan dan digugurkan daripada senarai orang dikehendak­i. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MANGSA DERA: Kanak-kanak mangsa dera (depan) yang diikat pada tong gas baru-baru ini diiringi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kanak selepas Mahkamah Khas Kanak-Kanak di Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama MANGSA DERA: Kanak-kanak mangsa dera (depan) yang diikat pada tong gas baru-baru ini diiringi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kanak selepas Mahkamah Khas Kanak-Kanak di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia