Utusan Borneo (Sarawak)

Tukar serta-merta anggota PDRM lindungi sindiket judi

KPN beri amaran tegas dan tidak akan berkomprom­i

-

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bertegas dan memberi amaran akan bertindak menukar manamana anggota dan pegawai polis termasuk ketua polis negeri yang terbabit dalam melindungi kegiatan pusat perjudian.

Beliau yang bertekad untuk menghapusk­an kegiatan judi di seluruh negara berkata akan mengambil tindakan tegas serta tidak akan sama sekali berkomprom­i dalam isu berkenaan.

“Jika saya terpaksa tukar ketua polis negeri ( dalam usaha perangi pusat judi), saya akan tukarkan mereka dan saya tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada mereka yang berselindu­ng dalam perkara ini (judi).

“Ramai ( anggota polis) yang berlakon pun ada, main wayang pun ada malah banyak pihak ambil kesempatan terhadap isu ini,” katanya ketika berucap pada program ‘Breakfast Talk Integrity’ di Pusat Latihan Polis di sini, semalam.

Mohamad Fuzi yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-11 pada 4 Sept lepas, menggantik­an Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara, berkata fokus memerangi judi, jenayah bersindike­t dan gengsteris­me adalah antara empat tumpuan PDRM yang sedang giat dijalankan ketika ini.

Pada 27 Sept lepas, PDRM menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau kegiatan sindiket judi haram di negara ini.

Ramai (anggota polis) yang berlakon pun ada, main wayang pun ada malah banyak pihak ambil kesempatan terhadap isu ini. Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

Jawatankua­sa berkenaan diketuai Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim ditubuhkan bagi menangani dan menghapusk­an premis-premis judi yang didapati semakin berleluasa di seluruh negara.

Selain itu, Mohamad Fuzi berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang ditubuhkan pada 2014 akan terus aktif bagi meningkatk­an reputasi PDRM sebagai agensi penguatkua­saan yang terulung negara.

“Penubuhan JIPS memfokus ke arah pemantapan integriti pasukan demi memperting­kat imej PDRM yang bertujuan mengubah kedudukan PDRM daripada ‘agensi yang berisiko tinggi untuk terlibat salah laku’.

“Bagi menjamin kualiti perkhidmat­an terutamany­a barisan hadapan, JIPS menjalanka­n pemeriksaa­n integriti dari semasa ke semasa sebagai langkah proaktif JIPS memastikan setiap warga PDRM mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan secara berintegri­ti,” katanya.

Turut hadir pada program itu ialah Noor Rashid, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Mohamad Fuzi (dua kiri) beramah mesra dengan Mustafar (kanan), Zulkifli (dua kanan) dan Anis pada ‘Breakfast Talk Integrity’‘Kelestaria­n Keamanan: Perspektif Integriti’ di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Mohamad Fuzi (dua kiri) beramah mesra dengan Mustafar (kanan), Zulkifli (dua kanan) dan Anis pada ‘Breakfast Talk Integrity’‘Kelestaria­n Keamanan: Perspektif Integriti’ di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia