Utusan Borneo (Sarawak)

17 tangkapan selepas pendedahan orang dikehendak­i: Polis Terengganu

-

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya menyelesai­kan 53 kes dan melakukan 17 tangkapan selepas pendedahan 626 identiti orang yang dikehendak­i terlibat dalam pelbagai kes jenayah di negeri ini secara berperingk­at bermula awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Fazlisyam Abdul Majid berkata, bermula 1 Okt sehingga semalam, 17 suspek berjaya ditahan yang dikehendak­i bagi kes merogol, menyamun dan mencuri.

“Semua suspek yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun. Polis juga berjaya merampas empat buah motosikal yang terlibat dalam kes curi mo- tosikal di Kemaman 6 Okt lepas.

“Selain itu terdapat juga kes rogol yang berlaku sebenarnya atas sebab suka sama suka tetapi disebabkan mangsa merupakan gadis berumur bawah 16 tahun, suspek telah ditangkap,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Fazlisyam berkata, polis meminta kerjasama sama ada anggota keluarga atau orang awam tampil membantu polis memberi maklumat berkenaan suspek-suspek yang dikehendak­i.

Mengulas tentang lelaki yang ditahan kerana menghina pihak polis di Facebook susulan pendedahan senarai orang yang dikehendak­i polis itu, Fazlisyam berkata polis percaya dapat menyelesai­kan satu kes rogol susulan penangkapa­n lelaki itu.

Beliau menasihati masyarakat agar mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dan bertindak bijak dengan menggunaka­n saluran yang betul jika terdapat sebarang rasa tidak puas hati terhadap pihak polis bersangkut­an kes-kes yang dikendalik­an mereka.

“Jika tidak puas hati ada saluran tertentu dan tidak perlu memberikan komen negatif dan mencerca pihak polis (di media sosial). Boleh jumpa pegawai dan terangkan hal sebenar… jika ikut saluran yang betul polis boleh kesan apa isu yang timbul sebenarnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia