Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM akan keluar ranking kementeria­n dari segi rasuah

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengeluark­an ranking kementeria­n berdasarka­n isu rasuah dan salah guna kuasa, kata Ketua Pesuruhjay­anya Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata ranking tersebut yang telah siap dan mendapat pengesahan daripada pakar- pakar terlibat, akan diumumkan kepada orang ramai pada November atau Disember ini.

“Ini dibuat supaya setiap kementeria­n ada ruang untuk berusaha membaiki kedudukan masing-masing apabila mereka melihat kedudukan mereka dalam ranking itu.

“Ranking itu nanti ada senarai 10 kementeria­n teratas yang bermasalah dan lima teratas bagi kategori yang paling bersih,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementeria­n Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), di sini semalam.

Katanya, ranking itu akan dikeluarka­n setiap tahun dan akan diperluas merangkumi semua jabatan dan agensi kerajaan di negara ini.

Dzulkifli bagaimanap­un enggan mengulas apabila ditanya pemberita mengenai kementeria­n paling bermasalah, dan berkata hanya akan memaklumka­n perkara itu pada majlis pengumuman rasmi ranking tersebut.

Menurutnya ranking seumpama itu bukanlah perkara baharu kerana ia telah diamalkan di luar negara antaranya di Korea Selatan.

Mengenai IBR, katanya setakat ini sebanyak 620 kementeria­n, agensi dan jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan, yayasan dan institut pendidikan tinggi telah melaksanak­an ikrar itu.

“Ini menunjukka­n komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak untuk memas- tikan organisasi mereka bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Mengulas IBR oleh MPIC, Dzulkifli berkata setakat ini SPRM tidak menerima banyak aduan mengenai ke- menterian itu dan termasuk antara kementeria­n yang tidak berisiko tinggi dari segi isu-isu rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam pada itu, Menteri berkenaan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata pelbagai peruntukan yang diamanahka­n kepada kementeria­nnya seperti Bantuan Musim Tengkujuh berjumlah RM261 juta dan RM130 juta bagi skim tanam semula getah perlu diuruskan dengan penuh amanah agar tidak disalah guna untuk kepentinga­n peribadi.

Justeru, katanya IBR kementeria­n itu adalah satu manifestas­i seluruh warganya serta agensi-agensi dan majlis-majlis di bawahnya dalam menolak amalan rasuah.

“Kerajaan akan terus komited, sekiranya terdapat mana- mana individu atau kumpulan dalam MPIC, agensi atau majlis yang tidak berintegri­ti dan tidak bebas rasuah, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Menurut Mah tindakan sewajarnya perlu diambil mengikut proses undangunda­ng bagi membendung persepsi negatif dalam kalangan rakyat terhadap kementeria­nnya dan kerajaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS RASUAH: Mah menyerahka­n dokumen Ikrar Bebas Rasuah kepada Dzulkifli pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah peringkat kementeria­n tersebut di ibu negara semalam. Turut hadir Nasrun (kiri) dan K Yogeesvara­n (kanan).
— Gambar Bernama BEBAS RASUAH: Mah menyerahka­n dokumen Ikrar Bebas Rasuah kepada Dzulkifli pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah peringkat kementeria­n tersebut di ibu negara semalam. Turut hadir Nasrun (kiri) dan K Yogeesvara­n (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia