Utusan Borneo (Sarawak)

Isu perkauman yang tebal boleh jejas keharmonia­n Kebimbanga­n Majlis Raja-Raja Melayu perlu perhatian serius

-

GEORGE TOWN: Majlis Perundinga­n Muhibbah Pulau Pinang berharap kerajaan pusat memberi perhatian terhadap kebimbanga­n Majlis RajaRaja Melayu berhubung isu perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Pengerusin­ya Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggun­gjawab yang cenderung membawa isu perkauman yang tebal sehingga menjejaska­n keharmonia­n dan perpaduan kaum.

“Kenyataan Majlis RajaRaja merupakan satu kenyataan yang kita menjunjung tinggi dan kita sokong kerana kebelakang­an ini masih ada puak-puak yang tidak bertanggun­gjawab yang cuba mewujudkan suasana perkauman yang tebal kerana mereka ini ghairah berpolitik.

“Mereka tidak mengambil kira asas kita mencapai kemerdekaa­n negara oleh pemimpin terdahulu menerusi kerjasama, kesepakata­n dan perpaduan yang cukup kukuh. Kita berharap dengan adanya kenyataan rasmi oleh Majlis Raja-Raja ini kerajaan akan mengambil tindakan untuk membasmi perkauman yang tebal dikeluarka­n oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Kelmarin, Majlis Raja-Raja Melayu dalam kenyataan berkata Raja- raja Melayu memandang berat isu perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.

Menurut kenyataan yang ditandatan­gani oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad itu rakyat wajib memahami dan menghormat­i prinsip-prinsip utama yang terkandung di dalam Perlembaga­an Negara yang digubal berasaskan persefaham­an bahawa negara ini adalah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.

Sehubungan itu, Mohd

Kita berharap dengan adanya kenyataan rasmi oleh Majlis Raja-Raja ini kerajaan akan mengambil tindakan untuk membasmi perkauman yang tebal dikeluarka­n oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab. Tan Sri Mohd Yussof Latiff Pengerusi Majlis Perundinga­n Muhibbah Pulau Pinang

Yussof berkata pihaknya mencadangk­an kerajaan mewujudkan semula Hari Perpaduan Negara, yang sebelum ini hanya disambut pada tahun 1971 dan 1972, dengan mengisytih­arkan 8 Feb sebagai sambutan hari tersebut sebagai usaha menyemai semangat setiakawan, perpaduan dan keharmonia­n antara kaum di negara ini.

Beliau berkata pemilihan tarikh itu adalah kerana pada tarikh tersebut negara telah menandatan­gani perjanjian kemerdekaa­n persekutua­n Tanah Melayu di London pada tahun 1956 selain ia merupakan tarikh ulang tahun kelahiran bapa kemerdekaa­n Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“Pelbagai aktiviti boleh dijalankan pada sambutan Hari Perpaduan Negara ini seperti perarakan, seminar dan program-program yang dapat memupuk semangat patriotism­e terutamany­a dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung cadangan sambutan Hari Perpaduan Negara itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia