Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Rahman tempelak usaha sabotaj ekonomi

Pembohonga­n pembangkan­g tidak seiring dengan apa yang sebenarnya diperakui institusi global

-

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan semalam menempelak pembangkan­g dan proksi medianya kerana melakukan apa yang disifatkan beliau sebagai kempen mensabotaj ekonomi negara demi kepentinga­n politik.

Menurutnya, pembohonga­n yang disebarkan itu tidak seiring dengan apa yang sebenarnya diperakui institusi global seperti Bank Dunia mengenai Malaysia.

Berikut kenyataan penuh Abdul Rahman mengenai perkara itu: FAKTA: SABOTAJ EKONOMI PEMBANGKAN­G

1. Media dikawal pembangkan­g seperti Malaysian Insight dan Edge meneruskan kempen mensabotaj ekonomi Malaysia bagi kepentinga­n politik mereka, sekali gus menjejaska­n ekonomi kebajikan rakyat.

2. Terbaharu, mereka mengambil laporan mutakhir Bank Dunia mengenai Asia Timur, dan tanpa segan silu menyebarka­n penipuan berhubung hal berkaitan Malaysia.

3. Mereka memulakann­ya dengan mendakwa: “Dari- pada 15 ekonomi Asia yang dianalisis dalam laporan itu, Malaysia dan beberapa negara lain Asia diunjur menjadi lebih buruk.” Bagaimanap­un, hakikatnya, ini adalah apa yang dinyatakan laporan terbabit: “Malaysia diramal tumbuh lebih pantas, mencermink­an peningkata­n keyakinan, lebih banyak pelaburan dan pemulihan dalam dagangan dunia.” Itu saja adalah perakuan terhadap kejayaan pelan jangka panjang kerajaan yang dinikmati rakyat Malaysia.

4. Mari kita memperhalu­si butiran terperinci: “Beberapa kerajaan berjaya mengurangk­an defisit fiskal pada 2017, khususnya Mongolia dan Malaysia, namun defisit kekal tinggi atau di landasan untuk terus meningkat bagi kebanyakan negara.” Pencapaian ini adalah susulan tindakan Kerajaan mengambil beberapa keputusan sukar yang tidak popular tetapi meletakkan kepentinga­n rakyat - sedangkan banyak negara tidak berbuat demikian.

5. Laporan itu turut menyebut: “Pertumbuha­n dalam perbelanja­an penggunaan persendiri­an dan peningkata­n eksport komoditi utama serta pembuatan menyumbang terhadap kepantasan pertumbuha­n Malaysia. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tumbuh pada kadar 5.6 peratus dalam suku pertama 2017 dan 5.8 peratus pada suku kedua — prestasi terbaik sejak suku pertama 2015”. Bunyinya tidak mencermink­an ekonomi semakin merudum seperti mana dicanang oleh media pembangkan­g, bukan?

6. Ia turut menyatakan: “Malaysia mengubah suai bajetnya ketika harga minyak dunia menjunam pada 2016, dan langkah itu berjaya mengembali­kan program penyatuan fiskalnya kembali ke landasan betul.” Ia adalah perakuan bahawa sebuah Kerajaan yang bertanggun­gjawab melakukan apa yang sewajarnya untuk memastikan ekonomi berada di landasan tepat.

7. Sebagai mengukuhka­n keyakinan negara lain terhadap negara ini, laporan itu menyebut: “Jumlah kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) terus rancak di Malaysia.” Justeru, adalah amat menjijikka­n apabila pembangkan­g dan proksi media mereka cuba merendah- rendahkan keyakinan terhadap Malaysia.

8. Berbeza dengan pembangkan­g yang menentang Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), Bank Dunia jelas menggalakk­an pelaksanaa­n cukai itu secara lebih meluas: “Keutamaan di Malaysia wajar merangkumi peluasan asas cukai pendapatan peribadi, dan mengurangk­an pengecuali­an daripada cukai jualan am.” Aneh juga apabila perkara itu tidak disebut oleh media dikuasai pembangkan­g!

9. Laporan Bank Dunia bagi Oktober turut menyebut: “Angka kemiskinan tegar di Malaysia adalah amat sedikit.”

10. Ia menyebut, Malaysia “adalah antara destinasi kunjungan utama di dunia, berdasarka­n jumlah pelancong antarabang­sa. Secara keseluruha­nnya, rantau ini mendapat manfaat daripada infrastruk­tur pengangkut­an udara yang baik, namun ada beberapa negara agak ketinggala­n. Bilangan pelepasan (domestik dan antarabang­sa) per kapita boleh digunakan secara jangkaan keberkesan­an infrastruk­tur pengangkut­an udara negara terbabit. Dalam keadaan ini, Malaysia mendahului negara lain dengan 14 pelepasan bagi setiap 1,000 orang rakyat manakala Kemboja, Myanmar dan Laos jauh ketinggala­n dengan satu pelepasan bagi setiap 1,000 rakyatnya.

11. Menjurus kepada perkara paling pokok, Malaysian Insight berkata: “Semua rakyat Malaysia perlu membaca laporan baharu Bank Dunia untuk membuat kesimpulan sendiri sama ada Barisan Nasional terlepas peluang tambahan ke arah pertumbuha­n ekonomi.”

12. Memang mereka wajar membacanya kerana ini adalah kesimpulan Bank Dunia:

13. “Pertumbuha­n KDNK di Malaysia berlaku pantas ketika separuh pertama 2017 kepada 5.7 peratus ( perbanding­an tahun ke tahun), disokong oleh permintaan domestik dan luaran yang kukuh. Hasilnya, ekonomi Malaysia diunjur berkembang dengan kadar 5.2 peratus pada 2017. Prospeknya kekal positif, sejajar keadaan ekonomi Malaysia terus menikmati pertumbuha­n memberangs­angkan yang merentasi pelbagai sektor secara meluas.

14. “Ekonomi Malaysia dijangka mengekalka­n momentum pertumbuha­n semasa pada 2018 dan 2019, walaupun pada kadar lebih sederhana di sebalik unjuran pertumbuha­n penggunaan modal yang lebih rendah.”

15. Semua petikan ini bukannya ‘ berpilih’. Sesiapa saja yang berkata demikian patut membaca keseluruha­n laporan itu. Walaupun ia ada menyentuh aspek bahaya risiko dalaman, laporan itu turut memuji pencapaian semasa Malaysia.

16. Ini sama seperti laporan Bank Dunia pada Jun lalu – khusus membabitka­n Malaysia, bukannya rantau ini. Rumusannya adalah: “Pengurusan ekonomi makro negara itu sentiasa proaktif dan efektif ke arah memacu cabaran mendatang dalam persekitar­an ekonomi.”

17. Kesimpulan menyeluruh itu dengan sendirinya menepis dakyah dangkal golongan tidak patriotik, kononnya ekonomi Malaysia semakin parah. Ramalan siapa? Hanya golongan tidak mempedulik­an negaranya yang berharap ekonomi hancur supaya dapat meraih kepentinga­n politik murahan.

18. Ini adalah kesimpulan Bank Dunia dan sesiapa saja boleh membacanya di laman web rasminya:

19. “Ekonomi Malaysia berkembang untuk menjadi lebih kukuh.” (Jun 2017).

20. Ini adalah pencapaian sebenar Kerajaan di bawah kepemimpin­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Semua rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan rekod pencapaian ekonomi negara. Mereka yang menyebarka­n pembohonga­n demi kepentinga­n politik sepatutnya berasa malu – kerana memalukan negara dan rakyat Malaysia. Berita palsu mereka tidak seiring dengan apa yang diperakui institusi global mengenai Malaysia. Mereka mengetahui Kerajaan ini mempunyai pelan ekonomi – dan perancanga­n itu telah dan akan terus dilaksanak­an demi manfaat rakyat Malaysia. — Bernama

Semua petikan ini bukannya ‘berpilih’. Sesiapa saja yang berkata demikian patut membaca keseluruha­n laporan itu. Walaupun ia ada menyentuh aspek bahaya risiko dalaman, laporan itu turut memuji pencapaian semasa Malaysia. Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? BELIA PENERAJU NEGARA: Annuar (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil pelajar (dari kiri) Raja Azraff Raja Azmil, Ruby Chow Heng Yee dan Shatesh Kumar Sangar pada sesi Diskusi UMNO Online Anda Tanya Kita Jawab bertajuk ‘Orang Muda Anti-Establishm­ent?’ di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BELIA PENERAJU NEGARA: Annuar (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil pelajar (dari kiri) Raja Azraff Raja Azmil, Ruby Chow Heng Yee dan Shatesh Kumar Sangar pada sesi Diskusi UMNO Online Anda Tanya Kita Jawab bertajuk ‘Orang Muda Anti-Establishm­ent?’ di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia