Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri perkenal pakej perkhidmat­an premium Johor WiFi

-

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri semalam memperkena­lkan pakej premium perkhidmat­an Johor WiFi bagi menampung keperluan dan kehendak pengguna Internet di kawasan bandar dan luar bandar negeri ini.

Pakej premium prabayar ini merupakan penambahba­ikan kepada perkhidmat­an WiFi percuma sedia ada dalam memastikan permintaan rakyat terhadap akses Internet berkelajua­n tinggi dipenuhi.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri Datuk Ir Hasni Mohammad berkata terdapat lebih 600,000 rekod daftar masuk pengguna dicatatkan sejak perkhidmat­an WiFi percuma ini diperkenal­kan pada tahun 2015.

“Kita menyasarka­n sekurang- kurangnya separuh daripada jumlah berkenaan untuk menggunaka­n perkhidmat­an premium ini berdasarka­n trend penggunaan internet mereka. Jadi ini merupakan pilihan lain kepada pengguna yang mahukan internet berkelajua­n lebih tinggi.

“Perkhidmat­an ini terbahagi kepada dua pakej harga iaitu RM5 dan RM10, yang mana pakej RM5 akan mendapat Internet pada kelajuan dua megabit sesaat ( Mbps) untuk tiga hari manakala pakej RM10 juga mendapat kelajuan yang sama selama seminggu tapi tiada had kuota,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan pelancaran Premium Johor WiFi, bersempena Ekspo Johor Berkemajua­n di Kota Iskandar, di sini semalam.

Hasni berkata harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah daripada caj bayaran yang dikenakan oleh perkhidmat­an telco.

Menurut Hasni, terdapat permintaan supaya kelajuan Internet Johor Free WiFi itu dapat dipertingk­atkan selain perluasan kawasan liputan Internet dan ini merupakan penambahba­ikan tersebut.

Selain itu, jumlah pencawang WiFi juga akan ditambah secara berkala mengikut permintaan dan kesesuaian lokasi berkenaan.

Sehingga kini terdapat 135 buah pencawang Johor Free WiFi di seluruh negeri yang meliputi kawasan 16 Pihak Berkuasa Tempatan dan 13 Projek Perumahan Rakyat seluruh Johor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia