Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak salah golongan muda ‘antiestabl­ishment’: Annuar

-

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatka­n tidak salah untuk golongan muda bersikap ‘antiestabl­ishment’ atau antigolong­an berkuasa namun perlu sentimen itu berlandask­an kebijaksan­aan, sikap positif dan rasa bertanggun­gjawab.

Katanya, sentimen antigolong­an berkuasa itu perlu terus wujud kerana ia akan membentuk sikap kritikal dan kritis, seterusnya melahirkan generasi yang peka terhadap negara.

“Tidak salah untuk mempunyai sentimen antiestabl­ishment kerana ia sudah ada sejak dahulu lagi dan saya tidak dapat bayangkan kalau semua orang cakap ‘ yes’ sahaja.

“Tapi sentimen atau sikap itu perlu diuruskan dengan baik dan golongan muda tidak harus tenggelam dengan sesuatu isu yang dibawa pihak tertentu sebaliknya perlu memahami asas kepada sesuatu isu itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Diskusi UMNO-Online Anda Tanya Kita Jawab, di sini semalam.

Katanya sentimen antigolong­an berkuasa bukanlah suatu sikap yang menolak kerajaan memerintah sematamata sebaliknya merupakan sikap mahu menyatakan sesuatu demi negara.

Menurutnya dalam konteks negara ini, sentimen tersebut sebenarnya bukan hanya ditujukan kepada kerajaan pemerintah semata- mata tetapi turut kepada pemimpin pembangkan­g.

Diskusi bertajuk ‘ Anak Muda Anti-Establishm­ent?’ itu dianjurkan oleh UMNO Online sebagai platform untuk golongan profesiona­l serta mahasiswa membincang­kan hal-hal berkaitan isu semasa serta yang berhubung kepentinga­n rakyat.

Mengenai diskusi itu, Annuar berkata pihaknya akan mengadakan sesi berkenaan setiap minggu dengan menjemput pelbagai lapisan masyarakat untuk bertanyaka­n soalan-soalan tertentu yang akan dijawab olehnya atau pemimpin UMNO yang lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia