Utusan Borneo (Sarawak)

Perancis mengesah kelayakan ke Piala Dunia 2018

Dua gol hasil jaringan Griezmann dan Giroud memberi kemenangan selesa 2-1 ke atas Belarus

-

PARIS, Perancis: Perancis mengesahka­n kelayakan ke Piala Dunia 2018 menerusi gol Antoine Griezmann dan Olivier Giroud ketika menewaskan Belarus 2-1 pada perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2018 Selasa lepas.

Skuad kendalian Didier Deschamps berjaya melengkapk­an perlawanan sukar dengan menewaskan Bulgaria dan Belarus pada dua perlawanan terakhir kelayakan.

Kemenangan di Stade de France bermakna mereka mengelak perlawanan playoff seperti yang terpaksa diharungi pada dua kempen kelayakan sebelum ini.

Tetapi walaupun menamatkan saingan di tangga teratas Kumpulan A, Perancis mempamerka­n aksi kurang meyakinkan ketika menentang pasukan Belarus yang sudah terkeluar dari saingan.

“Kami berasa gembira walaupun jika kempen kelayakan ini sewajarnya dengan kualiti pemain yang saya ada,” kata Deschamps, yang turut memberikan penghargaa­n kepada penyokong Perancis.

“Kami sekarang mempunyai satu suasana yang sudah lama tidak dirasai dan penyokong semakin datang memberikan sokongan penuh kepada pasukan,” kata beliau.

Kami sekarang mempunyai satu suasana yang sudah lama tidak dirasai dan penyokong semakin datang memberikan sokongan penuh kepada pasukan. Didier Deschamps Jurulatih Perancis

Giroud berkata beliau berasa gembira untuk mengelak playoff.

“Kami berusaha keras pada perlawanan ini dan ia bukannya mudah kerana mereka lawan yang kuat dan cukup berbahaya dalam serangan sehingga ke akhir perlawanan. Kami terpaksa berhempasp­ulas,” kata penyerang kelab Arsenal itu.

“Kami semua berasa lega malam ini kerana kami menamatkan kempen dengan kelayakan automatik ke Piala Dunia.”

Deschamps bermula dengan Griezmann berganding­an dengan Giroud dalam kesebelasa­n utama.

Griezmann mengurangk­an tekanan Perancis apabila membuka jaringan pada minit ke-27 dari satu umpanan cantik Blaise Matuidi.

Enam minit kemudian, Griezmann merampas tolakan lemah pemain pertahanan Belarus sebelum mengumpan bola kepada Giroud untuk meletakkan Perancis 2-0 di hadapan dan gol antarabang­sa ke-28 beliau.

Tetapi jentera pertahanan Perancis kemudian

Griezmann meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut. terleka seketika, membolehka­n Belarus merapatkan kedudukan menerusi gol Anton Saroka seminit sebelum rehat.

Saroka mencemaska­n Perancis apabila rembatanny­a sedikit tersasar pada minit ke-64 tetapi Perancis berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat untuk mengesahka­n kelayakan ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? RAIKAN BERSAMA: Pemain Perancis meraikan kejayaan mereka menumpaska­n Belarus pada perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2018 di Stade de France, Paris.
— Gambar Reuters RAIKAN BERSAMA: Pemain Perancis meraikan kejayaan mereka menumpaska­n Belarus pada perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2018 di Stade de France, Paris.
 ?? — Gambar AFP ?? TERBAIK:
— Gambar AFP TERBAIK:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia