Utusan Borneo (Sarawak)

Portugal menjuarai Kumpulan B kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia

-

LISBON, Portugal: Portugal menewaskan Switzerlan­d 2-0 di Lisbon untuk mengesahka­n tempat ke Piala Dunia 2018 di Rusia dan memastikan lawan mereka itu terpaksa akur ke perlawanan playoff terakhir kelayakan Zon Eropah Selasa lepas.

Gol sendiri Johan Djourou membolehka­n juara Eropah itu membuka jaringan pada minit ke-41 dan Andre Silva menjaringk­an gol kedua sebelum satu jam perlawanan untuk membolehka­n Portugal menamatkan saingan di tangga teratas Kumpulan B, di hadapan Switzerlan­d dengan perbezaan gol.

S w i t z e r l a n d , y a n g menewaskan Portugal 2- 0 pada perlawanan pertama tahun lepas, menang kesemua sembilan perlawanan kelayakan terakhir tetapi kini harus bermain perlawanan timbal balik playoff pada bulan November untuk peluang terakhir kelayakan kali keempat berturuttu­rut ke Piala Dunia.

“Kami tidak pernah berpura- pura menjadi yang terbaik di dunia tetapi kami berupaya untuk berdepan dengan mana-mana lawan,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.

“Untuk tewas pada perlawanan pertama kelayakan, sama seperti ketika kami memenangi Euro 2016, benarbenar mengecewak­an tetapi kami berjaya bangkit bermula perlawanan berikutnya.

“Dari situ, saya sentiasa memikirkan kami harus memenangi semua baki perlawanan kerana saya yakin Switzerlan­d tidak akan tercicir mata sebelum perlawanan kedua di Lisbon.”

Cristiano Ronaldo, yang tidak beraksi kerana cedera ketika tewas pada perlawanan pertama di Basel, kembali dalam kesebelasa­n utama Portugal selepas dimasukkan dari bangku simpanan ketika menewaskan Andorra 2- 0 pada perlawanan hari Sabtu.

Switzerlan­d cuba menyertai Jerman dan Sepanyol sebagai satu-satu negara yang melengkapk­an kempen kelayakan dengan rekod 10 kemenangan dari 10 perlawanan.

Tetapi penyerang Andre Silva memaksa penjaga gol Switzerlan­d, Yann Sommer beraksi tangkas pada awal permainan sebelum Sommer kemudian menepis cubaan Bernardo Silva.

Penyokong Portugal berpesta apabila Djourou tertolak satu hantaran lintang Eliseu ke pintu golnya sendiri empat minit sebelum rehat untuk meletakkan Portugal di hadapan.

Xherdan Shaqiri tidak bernasib baik untuk mengikat kedudukan apabila satu tendangan percuma beliau sedikit tersasar pada awal separuh masa kedua.

Portugal menambah jaringan pada minit ke-57 apabila Andre Silva menerima umpanan cantik dari Joao Moutinho.

Switzerlan­d terpaksa akur beraksi di playoff tetapi diletakkan sebagai pasukan pilihan menjelang undian lawan pada 17 Oktober dan mungkin akan bertemu Sweden, Ireland Utara, Republik Ireland atau Greece. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BAWA HARAPAN: Pemain Portugal meraikan kejayaan mereka menumpaska­n Switzerlan­d pada perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2018 di Lisbon.
— Gambar Reuters BAWA HARAPAN: Pemain Portugal meraikan kejayaan mereka menumpaska­n Switzerlan­d pada perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2018 di Lisbon.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia