Utusan Borneo (Sarawak)

Sweden tempah slot ‘playoff’ terakhir

Robben bersara dari kerjaya antarabang­sa dengan Belanda gagal ke Rusia

-

AMSTERDAM, Belanda: Sweden mengesahka­n satu slot ke playoff terakhir kelayakan Piala Dunia 2018 walaupun tewas 0-2 kepada Belanda pada perlawanan terakhir kelayakan yang menyaksika­n bintang Belanda, Arjen Robben, menamatkan kerjaya bola sepak antarabang­sa dengan menjaringk­an dua gol Selasa lepas.

Belanda memerlukan kemenangan dengan kelebihan tujuh gol untuk layak ke playoff tetapi terpaksa akur menamatkan saingan dengan berkongsi 19 mata dengan Sweden, yang berada di tangga kedua di belakang juara kumpulan, Perancis kerana kelebihan perbezaan gol.

Belanda bermula dengan memberangs­angkan di Amsterdam Arena dengan Robben menyempurn­akan satu tendangan penalti pada minit ke-16 dan kemudian menjaringk­an gol kedua lima minit sebelum rehat untuk membangkit­kan harapan penyokong tempatan.

Belanda bagaimanap­un kekurangan kreativiti yang diperlukan dengan Sweden mula bermain secara bertahan dalam separuh masa kedua dan sehingga ke wisel penamat untuk menyebabka­n Belanda terpaksa akur menamatkan saingan kelay-

Saya akan sentiasa mengingati Piala Dunia 2010 dan 2014. Ia adalah kenangan terbaik saya. Pada dua kejohanan itu, kami membentuk pasukan yang hebat. Arjen Robben Pemain Belanda

akan di tangga ketiga.

Sweden kini akan bermain perlawanan timbal-balik playoff bulan hadapan menentang salah satu dari empat pasukan pilihan dalam undian 17 Oktober ini.

Perlawanan Selasa lepas juga perlawanan antarabang­sa ter- akhir untuk Robben, yang menjaringk­an 37 gol dalam 96 perlawanan antarabang­sa.

Selepas wisel penamat, pemain Sweden kembali ke bilik persalinan untuk meraikan kejayaan ke playoff, memastikan Robben mempunyai ruang untuk men- gucapkan selamat jalan kepada penonton yang hadir.

“Kami tahu kami tidak mempunyai peluang tetapi ia adalah perlawanan yang hebat. Ia bukan satu keputusan mudah tetapi saya sudah berusia 33 tahun dan sekarang saya harus memberikan fokus sepenuhnya kepada kelab saya,” kata Robben.

“Saya akan sentiasa mengingati Piala Dunia 2010 dan 2014. Ia adalah kenangan terbaik saya. Pada dua kejohanan itu, kami membentuk pasukan yang hebat.”

Gagal layak ke Piala Dunia melengkapk­an tempoh malang buat Belanda, yang pernah muncul naib juara di Piala Dunia 2010 di belakang Sepanyol dan menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 2014, di mana mereka tewas kepada Argentina di separuh akhir. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? TERIMA KASIH SEMUA: Robben memberikan tepukan kepada penyokong selepas tamat aksi perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia di antara Belanda dan Sweden di Amsterdam Arena.
— Gambar AFP TERIMA KASIH SEMUA: Robben memberikan tepukan kepada penyokong selepas tamat aksi perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia di antara Belanda dan Sweden di Amsterdam Arena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia