Utusan Borneo (Sarawak)

Jurulatih sukan mesti perlengkap diri dengan kemahiran, pengetahua­n

-

KUCHING: Jurulatih sukan hari ini mesti melengkapk­an diri dengan kemahiran dan pengetahua­n yang relevan bagi menghadapi cabaran melatih serta membimbing atlet.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata peranan jurulatih yang berkualiti serta berpengala­man sangat penting untuk memastikan atlet-altet mereka mendapat sokongan terbaik dalam bentuk latihan serta bimbingan.

Menurutnya, oleh itu semua jurulatih perlu sentiasa mengikuti perkembang­an teknik dan pendekatan bimbingan terkini termasuk pentadbira­n sukan yang boleh menyumbang kepada pelaksanaa­n tanggungja­wab mereka.

“Jurulatih ( sukan) hari ini mesti melengkapk­an diri dengan kemahiran dan pengetahua­n yang relevan supaya anda dapat berdepan pelbagai cabaran dalam melatih serta membimbing atlet kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Simposium Kejurulati­han dan Sukan dan Seminar Sains Sukan Malaysia Timur Ke-3 yang diadakan di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Program itu yang disertai lebih 250 peserta dari seluruh negara termasuk tuan rumah Sarawak dianjur bersama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Institut Sukan Negara (ISN), Universiti Teknologi MARA ( UiTM) Sarawak dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) Kota Samarahan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SSC Dr Ong Kong Swee dalam ucapan alu- annya berkata simposium yang berlangsun­g dari 10 hingga 12 Oktober ini bertujuan meningkatk­an pengetahua­n penyelaras sukan, pengurus pasukan, jurulatih, peminat sukan, guru pendidikan jasmani dan pensyarah universiti dan institut latihan guru mengenai perkongsia­n sumber dan kepakaran.

“Kita berpuas hati dengan maklum balas menyeluruh peserta dan ini penting untuk membangunk­an lagi standard bimbangan dan latihan tempatan,” katanya sambil menambah acara itu akan merancakka­n pembanguna­n sukan di Sarawak.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datu Ik Pahon Joyik, Pengarah Majlis Sukan Sabah (MSS) Terrance Edward Pudin dan Pengerusi Jawatankua­sa Institut Sukan Kebangsaan (ISN) Malaysia Timur Dr Tan Kah Hock.

 ??  ?? TERBAIK: Karim (tiga kiri) bersama Snowdan (empat kiri) dan tetamu kehormat lain pada majlis perasmian Simposium Kejurulati­han dan Sukan dan Seminar Sains Sukan Malaysia Timur Ke-3.
TERBAIK: Karim (tiga kiri) bersama Snowdan (empat kiri) dan tetamu kehormat lain pada majlis perasmian Simposium Kejurulati­han dan Sukan dan Seminar Sains Sukan Malaysia Timur Ke-3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia