Utusan Borneo (Sarawak)

Keindahan muzik Sape kini dikenali dunia

-

KEINDAHAN muzik tradisiona­l seperti sape bukan hanya dikenali di Sarawak malah ia dihargai oleh penggemar muzik di seluruh dunia.

Pengasas Sape Movement yang juga pemain sape Hallan Hashim berkata, sape semakin dikenali dan diterima masyarakat luar hasil usaha pemuzik tempatan yang begitu komited memperkena­lkan ia ke dunia luar.

“Namun, pemain muzik sape khususnya generasi muda perlukan lebih banyak peluang menampilka­n bakat masing-masing,” kata Hallan semasa sidang media di Miri, baru-baru ini.

Sehubungan itu katanya, Sape Movement akan mengadakan majlis berkumpul bersama pemain Sape dari Miri pada 21 Okt bertujuan berkongsi pengetahua­n dan mengumpul semua pemain sape di Miri.

Ia bertujuan berkongsi minat dalam bidang muzik di samping mempromosi kebudayaan dengan kaum lain selain mengeratka­n silaturahi­m.

“Acara ini dianjurkan dengan kerjasama Gerakan Belia Orang Ulu Sarawak (YOUSA), Bitter Sweet Café, Ethnic Corridor Sdn Bhd dan Miri Sape Community mulai jam 8 hingga 10 malam.

“Kita mempelawa semua pemain sape di Miri dan kawasan sekitarnya datang beramai-ramai nanti,” kata Hallan.

Selain itu Sape Movement turut merancang mengadakan bengkel dan pameran sape dan Sunset Music Fest 2018.

Bengkel anjuran bersama Amazing Music Academy dan YOUSA berkenaan dikendalik­an pengetua Amazing Music Academy, Grandeur Chin di Bilik Audio Visual (AV) Pustaka Miri pada 14 Okt mulai jam 1 petang hingga 5 petang.

Bengkel berkenaan terhad kepada 50 peserta sahaja dan peserta turut menerima sijil penyertaan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Hallan di talian 014-8848790, Garry Sudom Raymond (016-5796275), Spanski (014-6806929) dan (0122817030).

Hadir sama pada sidang media ialah Garry Sudom Raymond, Hayree Hashim, Hezekiah Asim dan presiden YOUSA Spanski Steven.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia