Utusan Borneo (Sarawak)

Karl Agan tulis buku frasa Kelabit

-

BERKOMUNIK­ASI dalam bahasa Kelabit kini lebih mudah apabila sebuah buku frasa Kelabit dicipta seorang penulis muda, Karl Agan.

Menurut Karl, penciptaan buku frasa ini akan menyenangk­an pelancong yang tidak fasih berbahasa Kelabit untuk berkomunik­asi dengan masyarakat di Tanah Tinggi Bario.

“Penghasila­n buku ini mengambil masa sebulan di mana saya menyediaka­n perkataan dalam bahasa Inggeris sebelum menyerahka­n manuskrip tersebut kepada seorang penduduk Bario menterjema­hkannya dalam bahasa Kelabit.

“Perkataan ada dalam buku ini hanya frasa yang mudah dan biasa digunakan dalam berkomuni- kasi seharian,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo semasa Pesta Nukenen 2017 baru-baru ini.

Katanya, selepas frasa tadi diterjemah, beliau kemudianny­a menjalanka­n percetakan dan seterusnya dijadikan sebuah buku.

“Buku Frasa Kelabit ini mula diterbitka­n cetakan pertamanya pada tahun 2015 dengan memperkena­lkan buku berkulit keras.

“Tahun ini saya mengeluark­an edisi kedua buku ini namun kali ini dikeluarka­n dengan berkulit lembut bertujuan bagi memudahkan pembaca untuk membawanya di dalam beg,” katanya.

Karl yang merupakan penulis buku sepenuh masa juga menjual bukubuku nukilan beliau secara atas talian.

Ditanya mengenai penjualan buku antara Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia, beliau berkata, industri buku di negeri ini masih tidak mendapat permintaan tinggi berbanding dengan mereka di Kuala Lumpur.

“Di Kuala Lumpur, setiap minggu, setiap bulan akan ada acara berkaitan dengan pameran dan penjualan buku.

“Berbeza dengan kita di Sarawak yang memang jarang dianjurkan acara seumpama itu menyebabka­n kami sebagai peniaga buku indie kurang mendapat keuntungan yang lumayan,” katanya.

Karl memberitah­u ada juga permintaan dari pembaca untuknya menghasilk­an buku secara e-book iaitu dalam talian dan tidak perlu dicetak.

“Namun buat masa sekarang saya lebih gemar mencetak buku, kerana permintaan untuk buku masih lagi ada.

“Tidak semua menggemari penggunaan ebook, masih ada suka memegang buku dapat disentuh dan dilihat depan mata,” katanya.

Karl merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda BioPerubat­an dari Management Science University (MSU) Shah Alam.

Harga sebuah buku frasa Kelabit ialah RM12 manakala buku-buku bacaan lain dijual antara RM20 hingga RM50.

Mereka yang berminat untuk mendapatka­n buku frasa Kelabit mahupun buku-buku lain nukilan Karl, boleh layari laman sosial Twitter dan Instagram La Lectrice Borneo atau menghubung­i di talian 013-8354560 dan juga boleh e-mel ke lalectrice­borneo@gmail.com.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Hallan (tengah) dan Spanski (tiga kanan) bergambar bersama ahli Sape Movement lain selepas sidang media, baru-baru ini.
SIDANG MEDIA: Hallan (tengah) dan Spanski (tiga kanan) bergambar bersama ahli Sape Movement lain selepas sidang media, baru-baru ini.
 ??  ?? DIJUAL: Antara buku hasil nukilan Karl dan penulis lain yang dijual beliau semasa Pesta Nukenen 2017.
DIJUAL: Antara buku hasil nukilan Karl dan penulis lain yang dijual beliau semasa Pesta Nukenen 2017.
 ??  ?? KOMITED: Karl bergambar bersama buku frasa Kelabit yang dihasilkan beliau.
KOMITED: Karl bergambar bersama buku frasa Kelabit yang dihasilkan beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia