Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota LSF berkawal di kawasan Mahkamah Kota Kinabalu

-

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) melakukan kawalan sepanjang berlangsun­gnya perintah tahanan reman terhadap beberapa ahli tertinggi Parti Warisan Sabah (Warisan) dan UMNO di pekarangan mahkamah di sini pada Selasa.

Dalam penugasan itu, sepasukan anggota Light Strike Force (LSF) iaitu sebuah pasukan antirusuha­n kecil yang ditugaskan bagi menjaga ketenteram­an awam sesebuah kawasan, bertugas di beberapa kawasan di mahkamah.

Pasukan LSF kelihatan mula membahagik­an kumpulan seawal jam 9 pagi selepas menerima maklumat perhimpuna­n solidariti yang dianjurkan oleh ahli Parti Warisan di sepanjang kawasan masuk Mahkamah Kota Kinabalu.

Tinjauan Utusan Borneo di kawasan mahkamah mendapati orang ramai mula memenuhi kawasan itu pada jam 11 pagi berikutan perintah tahanan reman dijadualka­n berlangsun­g pada jam 12.15 tengah hari.

Hasil temu bual terhadap beberapa ahli yang hadir mendapati ada yang datang dari daerah yang agak jauh termasuk Pitas, Sandakan dan Tawau bagi bersama-sama mengetahui keputusan yang akan dibuat terhadap pemimpin mereka.

Sebahagian pengunjung turut mengakui mereka sanggup datang ke sana (mahkamah) untuk meraikan jikalau Naib Presiden Parti Warisan yang direman sejak Jumaat akan dibebaskan pada hari itu.

Mahkamah bagaimanap­un memutuskan untuk melanjutka­n perintah tahanan reman selama tiga hari lagi berikutan siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewen­gan dana awam untuk projek pembanguna­n luar bandar di Sabah belum diselesaik­an.

Kira-kira jam 1 petang, orang awam yang ada di pekarangan mahkamah melakukan tepukan dan laungan ‘Sabah, Ubah’ ‘Undi, Warisan’ sebanyak tiga kali sebaik Ketua Pemuda Parti Warisan diiring dari kawasan balkoni mahkamah untuk dibawa ke Kamar Majistret.

Laungan sama turut diberikan kepada Naib Presiden Parti Warisan yang bergelar Datuk dan pengarah sebuah syarikat pembinaan sebelum memasuki Kamar Majistret kira-kira jam 2.15 petang.

Kehadiran ahli Parti Warisan yang dianggarka­n kira- kira 200 hingga 300 orang bagaimanap­un tidak menyebabka­n keadaan huruhara dan keadaan terkawal sehingga perhimpuna­n berakhir pada jam 3 petang.

 ??  ?? CARI PENYELESAI­AN: Timbalan Naib Canselor (Penyelidik dan Inovasi) UMS Prof Dr Shahril Yusof (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Razali (tiga kiri), sambil diperhatik­an oleh barisan tetamu kehormat lain.
CARI PENYELESAI­AN: Timbalan Naib Canselor (Penyelidik dan Inovasi) UMS Prof Dr Shahril Yusof (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Razali (tiga kiri), sambil diperhatik­an oleh barisan tetamu kehormat lain.
 ??  ?? TERKAWAL: Sebahagian daripada anggota FRU berkawal di hadapan Majistret pada Selasa.
TERKAWAL: Sebahagian daripada anggota FRU berkawal di hadapan Majistret pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia