Utusan Borneo (Sarawak)

Isu hak tanah Orang Asal perlu diselesai dengan baik

SUHAKAM cari jalan, penyelesai­an kerajaan agak perlahan

-

KOTA KINABALU: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia ( SUHAKAM) akan cuba mencari langkah lain untuk menyelesai­kan permasalah­an berkaitan hak tanah Orang Asal yang sering kali menjadi isu dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi SUHAKAM Tan Sri Razali Ismail berkata sekiranya tiada jalan penyelesai­an yang dilakukan kerajaan dalam menyelesai­kan permasalah­an hak tanah Orang Asal, SUHAKAM perlu memikirkan langkah terbaik bagi memastikan Orang Asal terus mendapat pembelaan.

Katanya, kerajaan seharusnya mengambil langkah pantas untuk menangani isu tanah Orang Asal itu kerana menjelang pilihan raya sudah pasti isu itu amat sensitif ke- pada kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh SUHAKAM berikutan langkah penyelesai­an diambil kerajaan agak perlahan dalam menangani isu hak tanah Orang Asal.

Dalam soal dokumentas­i untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada di Sabah, Razali berkata berlandask­an prinsip SUHAKAM yang menyokong hak asasi manusia, kerajaan harus mempertimb­angkan memberi dokumentas­i kepada PATI.

“Tidak bermakna kita mengambil berat terhadap golongan ini kita mengabaika­n rakyat Sabah. Pertimbang­an harus diberikan berlandask­an peraturan tertentu,” katanya ketika ditemui selepas Cer- amah Majlis Profesor Negara bertajuk ‘Hak Asasi Manusia di Malaysia’ di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Selasa.

Menyentuh soal pelarian Rohingya dan peranan Malaysia, beliau berkata terdapat kira- kira 300,000 pelarian yang kini berada di Malaysia dan sukar untuk negara ini menempatka­n lebih ramai pelarian kerana pusat tahanan yang ada di negara ini agak terhad.

Dalam isu menyelesai­kan isu pelarian Rohingya itu, beliau tidak melihat ASEAN sebagai negara yang seharusnya menawarkan penyelesai­an sebaliknya ia di bawah tanggungja­wab negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Mengenai hak kanak-kanak tiada kewarganeg­araan di Sabah, Razali berkata isu pendidikan kanak-kanak itu diselesaik­an melalui kerjasama dengan agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediaka­n pusat pembelajar­an alternatif.

Ia kerana, sistem pendidikan di Malaysia hanya memberi pendidikan kepada mereka yang mempunyai dokumen sahaja.

Menyentuh soal hak pekerja asing yang ada di Sabah, Pesuruhjay­a SUHAKAM Prof Datuk Dr Aishah Bidin memberitah­u dengan kehadiran 1.8 juta pekerja asing di Sabah, Kerajaan Negeri harus mempunyai peraturan tersendiri dalam menangani isu hak yang boleh diberikan kepada pekerja bukan warganegar­a Malaysia itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia