Utusan Borneo (Sarawak)

PRU tingkatkan pasaran ekuiti tempatan

Pasaran domestik punyai asas kukuh, namun sentimen pasaran akan tentukan arahnya

-

KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum akan datang merupakan pemangkin utama yang memacu pasaran ekuiti tempatan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Bhd (KIBB), Datuk Chay Wai Leong.

“Pilihan raya dijangka menyokong pasaran, dan akan ada kerancakan sehingga hari sebenar,” katanya kepada pemberita di luar Majlis Penyampaia­n Hadiah Cabaran Dagangan Ken- Trade III, di sini semalam.

Chay berkata pasaran domestik mempunyai asas yang kukuh, namun sentimen pasaran akan memainkan peranan penting dalam menentukan arahnya.

Mengenai penyertaan pelabur asing, beliau berkata dana global dan serantau akan meninggalk­an sesuatu pasaran setelah pelaburan mereka mencapai paras tertentu.

“Jika mereka fikir saham Malaysia sudah mencapai penilaian tertentu, mereka akan beralih ke pasaran lain di rantau ini atau di tempat lain dan kembali apabila pendapatan korporat meningkat,” katanya.

Sementara itu, pertanding­an perdaganga­n itu yang memasuki musim ketiga, menarik kira- kira 25,000 penyertaan, 66 peratus daripadany­a lelaki dan selebihnya peserta wanita.

Sambutan hangat terhadap cabaran itu membuktika­n kejayaan kempen kumpu- lan untuk menggalakk­an perdaganga­n saham kepada peniaga generasi akan datang di pasaran, kata KIBB.

Pertanding­an itu yang dibahagika­n kepada dua peringkat, merupakan antara strategi KIBB untuk meningkatk­an penyertaan runcit di Bursa Malaysia.

Peringkat pertama yang dipanggil Cabaran Perdaganga­n Maya, peserta diberikan RM1 juta dalam wang maya untuk berdagang.

Sepuluh pedagang terbaik dalam Cabaran Perdaganga­n Maya, yang berlangsun­g dari 31 Julai hingga 25 Ogos, layak ke peringkat kedua iaitu Grand Challenge.

Dalam Grand Challange, yang berlangsun­g dari 4 hingga 29 Sept, setiap peserta peringkat akhir menerima wang tunai RM100,000 daripada KIBB untuk berdagang dalam saham tersenarai di Bursa Malaysia.

Pada akhir tempoh ini, peniaga dengan nilai portfolio tertinggi dan keuntungan dagangan diumumkan sebagai pemenang.

Mohd Fairi Che Wanik, seorang peniaga sepenuh masa, diumumkan juara musim ini.

Di samping menyimpan 50 peratus daripada keuntungan yang diperolehn­ya dalam Grand Challenge, peniaga berusia 40 tahun itu juga menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan perjalanan dua orang ke Hokkaido, Jepun. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia