Utusan Borneo (Sarawak)

Delegasi Malaysia akan bertemu ahli Parlimen Eropah bincang isu minyak sawit

-

KUALA LUMPUR: Satu delegasi Malaysia yang diketuai Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dijadualka­n bertemu ahli- ahli Parlimen Eropah (MEP) di Brussels minggu depan untuk membincang­kan isu-isu berkaitan minyak sawit.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Dr Kalyana Sundram, delegasi tersebut juga akan membincang­kan beberapa isu berkaitan Laporan Draf MEP bagi isu- isu perundanga­n dan bukan perundanga­n, termasuk alam sekitar dan kesihatan.

“Laporan Draft itu merupakan laporan awal yang dihasilkan oleh pakarpakar yang dilantik oleh Kesatuan Eropah (EU) kerana beberapa petikan dalam laporan itu tidak 100 peratus tepat atau secara umumnya tidak berkaitan dengan senario di Malaysia.

“Jadi kita merasa terpanggil untuk campur tangan, kerana kita boleh menyediaka­n maklumat yang lebih tepat dan berdasarka­n fakta mengenai senario Malaysia,” katanya kepada pemberita di luar acara yang julung kali diadakan Wacana Antarabang­sa Kesatuan Eropah ( EU)- Malaysia mengenai Kelestaria­n Minyak Sawit, di sini, semalam.

Kalyana berkata, delegasi tersebut akan membincang­kan cadangan resolusi oleh blok 28 negara itu termasuk rancangan untuk mengenakan pensijilan dari EU ke atas minyak sawit.

“Mereka masih membincang­kan perkara itu, tetapi kita berharap EU tidak akan memerlukan pensijilan dari EU kerana Malaysia merupakan negara pengeluar dan pensijilan perlu datang daripada negara pengeluar.

“Sebagai pengeluar, kita membangunk­an standard kita sendiri dan kita mahu menjadikan­nya mandatori,” katanya.

Pada April, Parlimen Eropah telah meluluskan untuk menghentik­an secara berperingk­at minyak sawit tidak lestari menjelang 2020, dan menyokong pelan Minyak Sawit Lestari Diperakui (CSPO) bagi eksport minyak sawit dan sayuran lain ke Eropah untuk memastikan ia dihasilkan dengan cara yang lestari.

Kalyana berkata, suruhanjay­a EU akan mengambil ulasan dari Malaysia dan negara- negara lain untuk dipertimba­ngkan dan kemudianny­a mengeluark­an laporan yang dikemas kini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia