Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor biojisim di landasan untuk capai sasaran pelaburan RM25 bilion: MIDA

-

KUALA LUMPUR: Sektor biojisim negara berada di landasan untuk mencapai sasaran menarik pelaburan bernilai RM25 bilion menjelang 2020 berdasarka­n Strategi Biomass Negara 2020, kata Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA, Datuk Azman Mahmud berkata prospek itu mengambil kira asas dan ekosistem sektor berkenaan.

“Kami yakin sasaran pelaburan itu dapat dicapai berdasarka­n momentum semasa, dan pada masa sama sentiasa bekerjasam­a dengan para pelabur, di peringkat tempatan dan antarabang­sa,” katanya semasa sidang media mengenai Persidanga­n Biojisim Antarabang­sa 2017 di sini, semalam.

Persidanga­n itu dijadual berlangsun­g pada 19 hingga 20 Okt ini di Kuching, Sarawak dengan tema ‘Biomass Industry Revolution 4.0: Innovation- led BioBased Economy’ (Revolusi Industri biojisim 4.0: Ekonomi Berasaskan Bio diterajui Inovasi).

Ia dijangka menarik lebih 1,000 penggiat industri dan profesiona­l dari seluruh dunia.

Azman berkata, sebanyak 226 projek biojisim dengan pelaburan bernilai RM2.92 bilion direkodkan pada 2011 hingga 2016, dan daripada jumlah itu RM1.97 bilion adalah sumbangan domestik.

“Seiring dengan kecanggiha­n teknologi, pelaburan dalam sektor biojisim juga sewajarnya meningkat,” katanya.

Sementara itu, CEO Agensi Inovasi Malaysia, Naser Jaafar berkata persidanga­n tersebut akan membincang­kan kemampanan ekonomi biojisim dan langkah untuk memanfaatk­an ekonomi digital. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia