Utusan Borneo (Sarawak)

ECERDC terus bekerjasam­a rapat dengan k’jaan Kelantan lancar projek berimpak

-

KUALA LUMPUR: Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur ( ECERDC) akan terus bekerjasam­a rapat dengan kerajaan Kelantan bagi melaksana pelbagai projek berimpak tinggi serta program pembanguna­n modal insan untuk negeri tersebut.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia adalah sebahagian daripada strategi Kerajaan Persekutua­n untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta serta memperkasa rakyat.

Menurutnya, sejak penubuhan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ( ECER) pada 2007 sehingga 31 Ogos 2017, Kelantan telah menarik RM12.7 bilion pelaburan swasta dan mewujudkan lebih 14,000 pekerjaan.

“Pertumbuha­n pelaburan di Kelantan dijangka meningkat seiring dengan pelaksanaa­n projek berimpak tinggi seperti Laluan Keretapi Pantai Timur,” katanya pada pelancaran Pesta Kerjaya dan Keusahawan­an Kelantan 2017 baru- baru ini.

Pesta yang dianjur ECERDC itu bertujuan membolehka­n pencari kerja merebut 3,300 pekerjaan yang ditawarkan 40 pelabur tempatan dan asing daripada pelbagai sektor, termasuk pembuatan, hartanah dan logistik serta peluang keusawahan­an di ECER.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, pekerjaan yang ditawarkan pada pesta itu membuktika­n transforma­si di ECER, termasuk Kelantan, benar- benar berlaku.

“Wilayah itu menjadi semakin dinamik dan kompetitif dengan lebih banyak pelabur swasta menawarkan pekerjaan di pelbagai sektor untuk rakyat Kelantan.

“Ia seiring dengan usaha kerajaan meningkatk­an taraf hidup rakyat serta mewujudkan sosioekono­mi yang inklusif dan mampan di ECER,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia