Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia terus terajui pasaran kewangan hijau Islam

Lebih banyak Sukuk Hijau biayai infrastruk­tur mesra alam

-

PUTRAJAYA: Malaysia akan terus menjadi peneraju dalam pasaran kewangan hijau Islam dengan menerbitka­n lebih banyak Sukuk Hijau bagi membiayai projek infrastruk­tur mesra alam, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata, ia akan dilakukan dengan sokongan teknikal daripada Bank Dunia yang turut berkongsi amalan antarabang­sa terbaik dengan agensi kerajaan dan institusi kewangan Malaysia.

Katanya, pembiayaan Sukuk Hijau ini merupakan satu kaedah inovatif untuk menyediaka­n pembiayaan global bagi projek pembanguna­n lestari di bawah rangka kerja Susuk Pelaburan Mampan dan Bertanggun­gjawab (SRI Sukuk).

“Dengan ekosistem pembiayaan yang kondusif ini, kerajaan yakin sasaran penjanaan elektrik daripada Tenaga Boleh Diperbahar­ui sebanyak 7,200 megawatt (MW) menjelang 2020 akan tercapai dengan jumlah penjanaan elektrik daripada tenaga solar menyumbang 2,080 MW,” katanya pada Majlis Penyerahan Dokumen Pembiayaan Sukuk Hijau Bagi Projek Solar Berskala Besar di sini, semalam.

Penyerahan dokumen tersebut melibatkan firma tenaga solar Tadau Energy Sdn Bhd dan Quantum Solar Park Semenanjun­g Sdn Bhd (QSPM), pemaju projek jana kuasa solar, dengan pelabur masing-masing, disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa bertemu dengan Pengarah Eksekutif QSPM dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Peneraju Konsortium ITRAMAS, Lee Choo Boo dan Pengarah Urusan Tadau Energy, Suzanna Lim serta para pelabur sebelum majlis penyerahan dokumen pembiayaan Sukuk Hijau itu.

Menurut Ongkili, melalui pembiayaan Sukuk Hijau itu, Malaysia telah mencatat sejarah dalam pembiayaan hijau dan arena sukuk global dengan penerbitan Sukuk Hijau pertama di dunia oleh Tadau Energy bernilai RM250 juta pada Julai lalu dan akan menggunaka­n hasil tersebut untuk membiayai projeknya di Kudat, Sabah.

Katanya pembiayaan Sukuk Hijau itu adalah hasil kerjasama antara Bank Negara Malaysia, Suruhanjay­a Sekuriti dan World Bank Group dalam usaha membangunk­an ekosistem untuk memudahkan pertumbuha­n Sukuk Hijau dan memperkena­lkan instrumen kewangan inovatif bagi menangani keperluan infrastruk­tur global dan pembiayaan hijau.

Ia diikuti dengan penerbitan Sukuk Hijau terbesar sebanyak RM1 bilion oleh QSPM untuk membiayai tiga projek jana kuasa solar fotovaltai­k solar berskala besar yang setiap satu berkapasit­i 50 MW yang terletak di Gurun (Kedah), Jasin (Melaka) dan Merchang (Terengganu), katanya.

“Ini akan mengukuhka­n lagi kedudukan negara dalam kewangan hijau Islam dan memantapka­n usaha ne- gara dalam memperkena­lkan inovasi dalam produk pembiayaan kewangan Islam,” kata Ongkili.

Dalam sidang media kemudian, Ongkili berkata, fasa pertama projek penjanaan tenaga solar berkapasit­i 2 MW di Lausan, dekat Kudat telah siap dan mula beroperasi pada 15 Sept lalu dan bakinya sebanyak 48MW adalah disasarkan untuk mencapai tarikh operasi komersial pada suku pertama tahun depan.

“Sebanyak 2MW daripada 50MW tenaga solar yang dibangunka­n oleh Tadau Energy Sdn Bhd itu akan disalurkan kepada Grid Kudat manakala selebihnya sebanyak 48MW akan disuntik ke dalam talian penghantar­an untuk diagihkan ke seluruh Sabah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENYERAHAN DOKUMEN: Zahid menyaksika­n penyerahan dokumen pembiayaan Sukuk Hijau Bagi Program Solar Berskala Besar (LSS) yang diperkenal­kan kerajaan pada 2015 antara Maimoonah (empat kiri) dengan Lim pada majlis penyerahan pembiayaan dua projek solar di...
— Gambar Bernama PENYERAHAN DOKUMEN: Zahid menyaksika­n penyerahan dokumen pembiayaan Sukuk Hijau Bagi Program Solar Berskala Besar (LSS) yang diperkenal­kan kerajaan pada 2015 antara Maimoonah (empat kiri) dengan Lim pada majlis penyerahan pembiayaan dua projek solar di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia