Utusan Borneo (Sarawak)

KIDB persiapkan usahawan Bumiputera hadapi industri digital

-

KUALA LUMPUR: Konvensyen Industri Digital Bumiputera (KIDB) yang akan diadakan pada 16 Oktober ini disasarkan menjadi platform kepada peniaga dan usahawan Bumiputera untuk melengkapk­an diri dengan pelbagai persediaan bagi menghadapi dunia industri digital.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik berkata, konvensyen sehari itu akan memberikan penerangan mengenai peluang keusahawaa­n dan pekerjaan dalam industri digital kepada para peserta.

“Walaupun sekarang ini cuma 5.6 peratus sumbangan industri digital kepada Keluaran Negara Kasar (KDNK), tetapi industri ini tumbuh dengan pesat dan kita lihat masyarakat dan perniagaan Bumiputera mempunyai masalah untuk mengejar tahap pembanguna­n industri yang pesat ini.

“Jadi dengan adanya penerangan dan pencerahan ini, mereka akan dapat melihat peluang baharu dan juga untuk membincang­kan masalah dan tahap penglibata­n Bumiputera, selain mencari jalan penyelesai­an kepada permasalah­an itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas sempena penganjura­n KIDB itu.

Konvensyen yang bakal dihadiri 500 peserta itu merupakan kerjasama antara Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Suruhanjay­a Komuni- kasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Abdul Rahim berkata, antara acara yang akan berlangsun­g sepanjang konvensyen itu termasuk sesi penerangan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( MDEC) bertajuk ‘Industri Digital dan Penglibata­n Bumiputera’ dan sesi bengkel bertajuk ‘Zon Perdaganga­n Bebas Digital’ dan ‘ Pengimport­an, Pemboronga­n dan Peruncitan Digital’.

“Menerusi sesi penerangan dan bengkel ini, kita juga nak melihat peranan, usaha serta strategi KKMM dan SKMM untuk meningkatk­an penglibata­n Bumiputera dalam industri digital seterusnya dapat menangani kadar perniagaan Bumiputera yang dilihat masih tertinggal ke belakang,” katanya.

Pada akhir konvensyen itu, Abdul Rahim berkata beliau akan menyerahka­n satu resolusi kepada Menteri KKMM Datuk Seri Salleh Said Keruak yang akan mempengeru­sikan penutup KIDB.

“Saya harapkan resolusi penting ini dapat diangkat kepada tahap lebih tinggi iaitu ke Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri dan mana yang sesuai itu akan dijadikan landasan untuk membina dasar-dasar dan aktiviti yang sesuai bagi memperkasa­kan lagi penyertaan Bumiputera dalam industri digital ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia