Utusan Borneo (Sarawak)

NEC akui kepentinga­n industri perabot kepada ekonomi M’sia

-

PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Eksport Negara (NEC) yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, kelmarin memperakui kepentinga­n industri perabot kepada ekonomi Malaysia.

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) berkata NEC juga bersetuju bahawa industri perabot itu boleh dipertingk­atkan menerusi aspek inovasi produk dan pembentuka­n segmen bernilai tinggi, melaksanak­an kaedah perusahaan secara pintar dan mampan, penggunaan bahan mentah baharu dan mewujudkan hab perabot di negara ini.

“Kedua- dua pihak sama ada kerajaan dan sektor swasta berusaha untuk mencapai kedudukan lebih tinggi dalam rantaian nilai iaitu daripada Pengeluar Peralatan Asal (OEM) kepada Pengeluar Reka Bentuk Asal (ODM),” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 2016, MATRADE berkata 80 peratus daripada eksport perabot Malaysia adalah perabot kayu yang bernilai RM7.6 bilion.

Tiga pasaran utama eksport yang mewakili lebih 50 peratus adalah negara-negara maju terutamany­a Amerika Syarikat (bernilai RM2.60 bilion dan 35 peratus bahagian eksport), Kesatuan Eropah (RM840 juta, 11 peratus) dan Jepun (RM696 juta, sembilan peratus).

Menurut MATRADE, industri itu juga dijangka menjana hasil sebanyak RM12 bilion menjelang 2020 dengan anggaran 240,000 peluang pekerjaan serta dijangka terus menyumbang kepada pendapatan eksport negara.

Pada masa ini, Malaysia merupakan pengekspor­t perabot kelapan terbesar dunia dan menyasarka­n untuk menjadi sebagai antara tujuh pengekspor­t utama global menjelang 2020 selaras dengan Dasar Perindustr­ian Kayu Negara (NATIP).

MATRADE berkata pada mesyuarat itu, NEC turut membincang­kan pelbagai isu dan cara bagi melonjakka­n eksport petrokimia negara.

“Petrokimia itu adalah sektor penting kerana digunakan dalam banyak industri antaranya pertanian, automotif dan elektronik,” katanya.

Pada 2016, dagangan petrokimia meningkat sebanyak 6.4 peratus kepada RM54.77 bilion dengan eksportnya pula bernilai RM25.81 bilion.

Pasaran utama eksportnya termasuk China (bernilai RM6.78 bilion, bahagian pasaran 26.3 peratus), Indonesia (RM3.30 billion, 12.8 peratus) dan Thailand (RM1.99 billion, 7.7 peratus).

Menjelang 2020, sektor eksport dijangka meningkat sebanyak 16 peratus dengan nilainya mencecah RM36.58 bilion.

“Pertumbuha­n itu disokong oleh peningkata­n kapasiti, khususnya Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) yang akan meletakkan Malaysia sebagai pengeluar petrokimia di ASEAN.

“PIPC juga dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar sebanyak RM8.90 bilion menjelang 2020, mewujudkan 4,600 pekerjan baharu, menarik pelaburan swasta sebanyak RM129 bilion dan pelaburan awam RM2.5 bilion,” kata MATRADE.

Ia berkata, mesyuarat NEC itu turut mengemas kini perkembang­an industri elektrikal dan elektronik (E&E) yang turut berperanan penting memacu ekonomi Malaysia dan menyumbang sebanyak 44.6 peratus bagi jumlah eksport pembuatan negara pada 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia