Utusan Borneo (Sarawak)

Polis S’gor sasar 100,000 sukarelawa­n VSP menjelang akhir tahun

-

KLANG: Polis Selangor menyasarka­n penyertaan 100,000 sukarelawa­n dalam program ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP) bagi menyalurka­n maklumat berkaitan jenayah di negeri ini menjelang akhir tahun ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Selangor Datuk K. Kumaran berkata setakat ini pihaknya berjaya merekodkan hampir 30,000 penyertaan sejak aplikasi VSP dilancarka­n pada 25 Mac lepas.

“Aplikasi itu akan menjadi medium kepada orang ramai melaporkan terus kepada polis mengenai aktiviti atau kejadian jenayah dalam bentuk gambar atau video yang berlaku di kawasan masing-masing.

“Kita yakin sasaran itu mampu dicapai sebelum akhir tahun hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dan masyarakat selain memperheba­tkan dialog bersama masyarakat bagi meningkatk­an kesedaran mengenai program berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi ramah mesra bersama peniaga dan pengunjung di Little India di sini semalam sempena perayaan Deepavali yang turut disertai Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli.

Kumaran berkata, VSP boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi Google Play dan App Store pada telefon pintar masing-masing.

“Orang ramai perlu mendaftar sebagai ahli VSP terlebih dahulu sebelum mula berkongsi maklumat dan mereka juga boleh menggunaka­n nama samaran bagi mengelakka­n identiti mereka diketahui.

“Polis Selangor sangat mengalu-alukan penyertaan orang ramai dan berharap mereka dapat memanfaatk­an penggunaan telefon pintar masingmasi­ng. Dengan penyertaan ini diharapkan juga kegiatan jenayah di negeri ini dapat dikurangka­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia