Utusan Borneo (Sarawak)

Tangani tuntutan Laut China Selatan secara aman

Tuntutan harus selaras prinsip undang-undang antarabang­sa terutama ditetapkan UNCLOS 1982

- Oleh Patricia Gari

KOTA SAMARAHAN: Isu tuntutan bertindih ke atas Laut China Selatan mesti ditangani secara aman dan selaras dengan prinsippri­nsip undang- undang antarabang­sa yang relevan terutama yang ditetapkan dalam ‘United Nations Convention on the Law of the Sea’ (UNCLOS) 1982.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ini kerana Malaysia percaya isu-isu berkaitan Laut China Selatan kompleks, pelbagai dan sangat sensitif.

Beliau berkata Brunei Darussalam, Filipina, Vietnam dan Republik Rakyat China (China) menuntut kawasankaw­asan maritim dan ciriciri Laut China Selatan yang bertindih dengan tuntutan Malaysia di luar pantai Sabah dan Sarawak.

“Laut China Selatan penting untuk rantau ini dan kawasan

Laut China Selatan penting untuk rantau ini dan kawasan seterusnya. Laluan lautannya kritikal untuk perdaganga­n antarabang­sa tetapi terdapat beberapa kawasannya yang menghadapi tuntutan bertindih dan Malaysia salah satu pihak yang menuntut. Datuk Seri Anifah Aman Menteri Luar

seterusnya. Laluan lautannya kritikal untuk perdaganga­n antarabang­sa tetapi terdapat beberapa kawasannya yang menghadapi tuntutan bertindih dan Malaysia salah satu pihak yang menuntut.

“Sebarang pembanguna­n yang berpotensi dapat melemahkan keamanan, keselamata­n dan kestabilan, seterusnya menimbulka­n kebimbanga­n.

“Ini secara semula jadi akan menarik perhatian luas. Justeru ia perlu ditangani dengan aman dan secara proaktif, positif serta konstrukti­f,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Isu-Isu dan Cabaran- Cabaran Dalam Mengurus Hubungan Luar Malaysia’ di Arena Gemilang DeTar Putra Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini semalam.

Ceramah itu dihadiri kirakira 1,500 peserta terdiri daripada penuntut dan staf UNIMAS dan orang ramai.

Anifah menambah, isu Laut China Selatan juga mendapat perhatian dunia menyebabka­n ia tidak boleh ditangani tanpa mengambil kira pelbagai aspek.

Menjelas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata China menuntut beberapa kawasan Laut China Selatan dikenali ‘ nine- dash line’ termasuk hampir kesemua kawasan maritim Malaysia di luar pantai Sabah dan Sarawak.

Malaysia katanya, tidak mengiktira­f tuntutan China seperti digariskan dalam ‘ nine- dash line’ kerana ia tidak selaras dengan undang-undang antarabang­sa termasuk UNCLOS 1982.

“Malaysia sekali lagi menegaskan pentingnya men- jaga keamanan, kestabilan, keselamata­n dan kebebasan navigasi di kawasan Luat China Selatan.

“Malaysia juga menekankan perlunya semua pihak memastikan pelaksanaa­n sepenuhnya dan efektif ‘Declaratio­n on the Conduct of Parties’ (DOC) di Laut China Selatan dan ‘Code Of Conduct (COC) di Laut China Selatan,” jelasnya.

Hadir sama Ketua Pen- garah Jabatan Perancanga­n Dasar dan Penyelaras­an Kementeria­n Luar Duta Bala Chandran Tharman, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim Kementeria­n Luar Dr Azfar Mohamad Mustafar, Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial UNIMAS Dr Arnold Poyuk.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Anifah (enam kanan) dan Mohamad Kadim (tujuh kanan) merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain.
UNTUK ALBUM: Anifah (enam kanan) dan Mohamad Kadim (tujuh kanan) merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia