Utusan Borneo (Sarawak)

Laporkan salah guna kuasa pegawai JPJ Penyalur maklumat akan dilindungi di bawah Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat 2010: Wan Ahmad Uzir

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Semua pihak terutama masyarakat yang sering berurusan dengan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) diseru memberi kerjasama dengan melaporkan sebarang penyalahgu­naan kuasa oleh pegawai-pegawai agensi penguatkua­saan itu.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata dengan kerjasama erat masyarakat bersama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) itu, penyalur maklumat akan dilindungi di bawah Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat 2010.

“Melalui akta ini, pemberi maklumat mempunyai hak untuk tidak didedahkan men- genai maklumat peribadi, kebal daripada tindakan sivil dan perlindung­an daripada ancaman yang memudaratk­an.

“JPJ berharap agar kerjasama daripada masyarakat ini dapat menyokong usaha kerajaan ke arah pentadbira­n bebas rasuah seterusnya meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an yang lebih berkualiti kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah JPJ Sarawak yang disertai seramai 120 pegawai dan kakitangan JPJ Cawangan Kuching dan Samarahan di ibu pejabat JPJ Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah SPRM Sarawak Zulhairy Zaidel, Pengarah Integriti JPJ Malaysia Jamil Mohd Dahalan dan Pengarah JPJ Sarawak Shafiq Anas Abdullah.

Sementara itu pada sidang media, Wan Ahmad Uzir berkata JPJ pada tahun ini telah menerima ratusan aduan khususnya menerusi media sosial seperti Twitter, Facebook termasuk viral mengenai kesalahan integriti pegawainya di seluruh negara.

Jelas beliau berdasarka­n aduan yang diterima, pihaknya akan menjalanka­n siasatan dan pada tahun lepas, sebanyak 64 kes kesalahan integriti telah dikenakan tin- dakan daripada keseluruha­n 8,000 pegawai dan kakitangan JPJ.

“Melihat pada kadar ini, ia masih pada tahap minimum tetapi kami akan tetap memandang serius apa jua kesalahan integriti melibatkan pegawai dan kakitangan di mana mereka yang disabit bersalah akan dibuang kerja atau tindakan lain yang sewajarnya bergantung kepada tahap kesalahan,” katanya.

Manakala di Sarawak yang mempunyai seramai 567 pegawai dan anggota JPJ, Wan Ahmad Uzir berkata setakat tahun ini, sebanyak 12 kes kesalahan integriti telah dikenakan tindakan buang kerja, digantung kerja dan sebagainya termasuk melibatkan kes penyalahgu­naan dadah.

Melalui akta ini, pemberi maklumat mempunyai hak untuk tidak didedahkan mengenai maklumat peribadi, kebal daripada tindakan sivil dan perlindung­an daripada ancaman yang memudaratk­an. Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ

 ??  ?? BEBAS RASUAH: Wan Ahmad Uzir (dua kanan) bersama Shafiq (kanan), Jamil (dua kiri) dan Zulhairy pada sidang media selepas Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah JPJ Cawangan Kuching dan Samarahan di Ibu Pejabat JPJ di Kuching, semalam.
BEBAS RASUAH: Wan Ahmad Uzir (dua kanan) bersama Shafiq (kanan), Jamil (dua kiri) dan Zulhairy pada sidang media selepas Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah JPJ Cawangan Kuching dan Samarahan di Ibu Pejabat JPJ di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia