Utusan Borneo (Sarawak)

Mesyuarat Panel Penasihat Antarabang­sa PERMATA Insan bincang hala tuju program

-

NILAI: Mesyuarat Panel Penasihat Antarabang­sa PERMATA Insan yang buat pertama kalinya diadakan semalam, membincang­kan mengenai aspek falsafah pendidikan, kurikulum dan strategi pengantara­bangsaan program PERMATA Insan.

Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkata mesyuarat kali pertama itu yang dipengerus­ikan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor selaku Penaung Program Permata Negara (PERMATA), menggabung­kan tokoh pendidikan Islam dan bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik ( STEM) dari dalam dan luar negara.

“Antara agenda yang turut dibincangk­an adalah mendepani cabaran arus perdana pendidikan masa hadapan serta menerokai jalinan strategik PERMATA Insan bersama institusi pendidikan dan universiti luar negara ternama khususnya.

“Ia juga bertujuan untuk membuka ruang kerjasama PERMATA Insan untuk melaksanak­an pelbagai program melibatkan pelajar dan tenaga pendidikny­a berkaitan bidang STEM dan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Kolej PERMATA Insan USIM, di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Kolej PERMATA Insan Prof Dr Che Husna Azhari.

Mengulas lanjut, Musa berkata gabungan pakar dalam bidang-bidang berkaitan yang disatukan dalam mesyuarat ini, akan dijadikan panduan untuk memastikan program ini berada di landasan yang betul selari dengan hasrat penaung Program PERMATA.

Beliau berkata melalui mesyuarat yang dijangkaka­n diadakan setiap dua tahun sekali ini juga, menjadi asas kukuh untuk meletakkan hala tuju perkembang­an program PERMATA Insan untuk memastikan lebih ramai lagi generasi Islam di negara ini yang bakal diasuh dengan pendekatan Integrasi ilmu Naqli dan Aqli berfokuska­n STEM yang berpanduka­n kepada al-Quran dan sunnah.

Antara panel penasihat dalam negara terdiri daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Perunding Kanan di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Prof Emerita Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Panel penasihat antarabang­sa pula dianggotai Dr Basil Mustafa dari Oxford Centre for Islamic Studies dan Prof Kosugi Yasushi dari Universiti Kyoto, Jepun. Sementara itu, dua mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di sini yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka dibenarkan pulang hari ini.

Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata mereka Indra Kurniawan Mohd Amirul, 12, dan Zunnun Misri Nasrun, 12, telah menunjukka­n reaksi positif terhadap rawatan yang diberikan.

“Kedua-dua mereka mengalami kesan lecur pada badan pada tahap 20 ke 30 peratus. Selepas hampir sebulan rawatan, mereka kini hampir pulih dari luka fizikal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HKL semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia