Utusan Borneo (Sarawak)

SECA Night Run 2017 berlangsun­g pada 28 Oktober ini

-

KUCHING: Persatuan Syarikat Elektronik dan Industri Sokongan Sarawak (SECA) sekali lagi berkolabor­asi dengan Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) menganjurk­an SECA Night Run 2017 pada 28 Oktober ini di Stadium Datuk Kawada, Zon Perindustr­ian Bebas Sama Jaya di sini.

Presiden SECA merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) X-FAB Sarawak, Mike Young berkata edisi kedua SECA dan PPKS menjalinka­n kerjasama menganjurk­an larian bertujuan mengutip dana untuk disalurkan kepada Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS).

“SECA Night Run adalah inisiatif Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) antara SECA dan PPKS. Pada Oktober tahun lalu kita menganjurk­an ‘Go Bald 2016’ dan ‘SECA Bald Run’.

“Bagi SECA dan PPKS ini satu penghormat­an kepada kami kerana dapat menyokong SCCS dalam usaha berterusan mereka membantu kanakkanak menderita akibat penyakit kanser,” katanya pada sidang media di sini Selasa lepas.

Jelasnya, larian bertemakan ‘Run For A Good Cause’ itu melibatkan jarak sejauh lima kilometer dengan pelepasan bermula jam 7 malam.

Menurut Mike, sebelum larian bermula pihaknya turut menyediaka­n aktiviti sampingan bagi memeriahka­n malam tersebut bermula jam 6 petang.

“Kita menganggar­kan seramai 1,042 peserta mengambil bahagian mencakupi 970 orang awam dan 72 kakitangan SECA dan PPKS.

“Pada tahun lalu seramai 1,106 peserta menyertai SECA Bald Run manakala seramai 56 peserta terlibat dalam Go Bald 2016. Jumlah kutipan dana berjaya dikumpul sejumlah RM24,186.60,” katanya.

Pendaftara­n berjumlah RM50 dan setiap peserta akan mendapat baju T berserta bib. Peserta yang menamatkan larian turut diberikan pingat.

Tarikh akhir pendaftara­n pada 16 Oktober ini. Se- barang pertanyaan boleh menghubung­i Zuraimi Johari (0168690730) atau Yusuf Kamil (017-8557726).

 ??  ?? JOM SERTAI KAMI: Mike (enam kiri) bersama yang lain memperaga kain rentang SECA Night Run 2017.
JOM SERTAI KAMI: Mike (enam kiri) bersama yang lain memperaga kain rentang SECA Night Run 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia