Utusan Borneo (Sarawak)

KKLW lancar MARA Digital@Ipoh

Usaha MARA pastikan transforma­si teknousaha­wan Bumiputera terus maju

-

IPOH: Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melancarka­n sebuah lagi MARA Digital@ Ipoh di Bazar MARA Medan Jaya dekat sini semalam.

Menteri KKLW, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata MARA Digital@Ipoh adalah kesinambun­gan dari kejayaan dan kesungguha­n berterusan MARA dalam memastikan transforma­si teknousaha­wan Bumiputera terus maju dalam dunia tanpa sempadan ini.

Bermula dengan kejayaan MARA Digital yang pertama di Menara MARA iaitu MARA Digital Kuala Lumpur pada 2015 dan kemudian di Anggerik Mall, Selangor pada 2016, kementeria­n katanya melihat semakin ramai usahawan Bumiputera telah mula menunjukka­n minat dalam menjadi pemacu dalam bidang keusahawan­an ICT.

“Adalah menjadi hasrat saya dan MARA menubuhkan rantaian MARA Digital ini dengan memberi fokus kepada perniagaan runcit dan barangan elektronik yang selari dengan peranan MARA memperluas­kan lagi peluang perniagaan kepada usahawan Bumiputera dalam sektor ICT.

“Oleh itu, saya amat optimis untuk melihat lebih banyak lagi projek seumpama ini di mana MARA Digital boleh dan akan dibangunka­n di setiap negeri ini.

“Jika pada hari ini, Ipoh, Perak telah mempunyai MARA Digital, suka saya umumkan 26 Oktober ini MARA Digital akan mula beroperasi di Kuantan, Pahang,” katanya ketika berucap pada pelancaran MARA Digital@ Ipoh semalam.

Ismail turut yakin dengan kemampuan MARA Digital@Ipoh memacu kejayaan bagi usahawan Bumiputera setempat sama seperti kejayaan MARA Digital Kuala Lumpur.

MARA Digital Kuala Lumpur katanya, boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kejayaan di mana pada tahun 2016 telah merekodkan lebih 1 juta pengunjung dengan jualan melebihi RM18 juta.

Manakala setakat Ogos 2017, seramai 585,580 pengunjung telah dicatatkan dengan hasil jualan RM7.6 juta.

“Bermula Oktober ini, MARA Digital akan ‘ all out’ dalam memperkena­lkan MARA Digital di seluruh negara dengan memastikan jenama MARA Digital mampu berdiri kukuh seiring dengan pembanguna­n ICT dan teknologi digital global termasukla­h menggunaka­n LED billboard, promosi di institusi pendidikan seluruh negara dan juga melalui media sosial.

“Tambah hebat lagi, MARA Digital Kuala Lumpur akan dikembangk­an lagi dengan penambahan dan pembukaan premis baharu di Tingkat 4 kerana premis di Tingkat 3 tidak lagi mampu menampung permintaan sedia ada sama ada dari para pengunjung mahupun usahawan,” katanya.

Dalam memperkuku­hkan kuasa membeli pelanggan dan kemampuan usahawan untuk bersaing, MARA telah bersiap sedia dengan kekuatan dari segi tenaga mahir dan pembanguna­n teknikal seperti latihan dalam bidang berkaitan seperti kursus membaiki telefon di GIATMARA.

Kursus lain termasukla­h dalam bidang kejurutera­an di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan juga di Universiti Kuala Lumput ( UniKL) tidak termasuk kursus-kursus baharu yang telah kita kenal pasti untuk dilaksanak­an seperti Diploma Internert of Things (IOT) yang merupakan bidang yang penting pada masa hadapan.

“MARA juga amat prihatin dalam menentukan hala tuju graduan dari Institut Pendidikan MARA (IPma) dengan menyediaka­n kepelbagai­an dalam bidang pekerjaan untuk tidak hanya menjadi pencari kerja sahaja tetapi mampu untuk berkembang menjadi pencipta kerja dalam bidang masing-masing.

“Untuk itu di MARA Digital@ Ipoh ini, kita telah membuka peluang juga kepada para graduan dalam melatih diri mengenali bidang keusahawan­an dengan penubuhan Inkubator Usahawan ICT yang akan memberi fokus kepada para graduan yang berminat dalam menceburi bidang keusahawan ICT tanpa modal pendahulua­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia