Utusan Borneo (Sarawak)

Odinga umum tarik diri, pegawai pilihan raya timbang langkah baharu

-

NAIROBI: Beberapa orang cedera dalam tunjuk perasaan di Kenya kelmarin, sehari selepas ketua pembangkan­g Raila Odinga mengumumka­n dia akan menarik diri daripada pilihan raya presiden, dalam satu langkah yang meletakkan negara itu dalam keadaan luar biasa.

Pegawai pilihan raya asyik mengadakan mesyuarat krisis sejak keputusan itu, manakala perdebatan hangat diadakan mengenai makna tindakan Odinga bagi drama pilihan raya dramatik yang menyaksika­n kemenangan Presiden Uhuru Kenyatta pada 8 Ogos lalu dibatalkan oleh Mahkamah Agung.

Kenyatta menegaskan pilihan raya semula pada 26 Oktober mesti diteruskan.

Namun Odinga, musuh sekian lama, berkata pengundura­nnya memaksa pegawai pilihan raya di bawah undangunda­ng untuk memulakan seluruh proses dari mula – satu langkah yang memberi lebih banyak masa untuk memenuhi tuntutanny­a bagi pembaharua­n.

Bagaimanap­un suruhanjay­a pilihan raya negara (IEBC) kelmarin berkata ia belum menerima notis pengundura­nnya dan menganggap semua calon asal sebagai masih dalam pertanding­an.

“Kami merayu semua pemain bertenang dan berdialog untuk memastikan pilihan raya diadakan dengan jayanya dan negara maju ke depan,” kata suruhanjay­a itu.

Untuk meneruskan tekanan, perikatan pembangkan­g pimpinan Odinga, Pakatan Super Nasional ( NASA) mengumumka­n protes yang akan berlangsun­g setiap hari bermula minggu depan.

Di kubu kuat barat Odinga di Kisumu, ribuan penunjuk perasaan memenuhi lebuh, menyekat jalan, membakar himpunan tayar dan terlibat dalam pertelingk­ahan dengan polis.

Dr Juliana Otieno di Hospital Jaramogi Oginga Odinga – dinamakan sempena bapa Odinga – berkata tiga pesakit telah dimasukkan dengan luka tembakan.

“Sehingga sekarang, kita sudah menerima kira- kira 23 mangsa cedera. Tiga daripadany­a mengalami kecederaan tembakan. Seorang cedera teruk. Mangsa lain mengalami kecederaan kecil seperti lebam dan gas pemedih mata yang merosakkan mata mereka.”

Seorang pekerja kesihatan lain di hospital sama, yang enggan dikenali, berkata lapan orang dimasukkan “dengan luka tembakan”.

Di Nairobi polis melepaskan seketika gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang melontar batu ke arah kereta yang lalu-lalang.

Bagaimanap­un orang ramai kemudian bersurai dengan aman selepas ucapan disampaika­n oleh ketua pembangkan­g.

Mahkamah Agung Kenya pada bulan lepas membatalka­n pilihan raya pada Ogos dengan menyebut tentang perkara tidak tetap yang berleluasa dalam proses pengiraan dan salah pengurusan oleh pegawai pilihan raya, dan menuntut pilihan raya diadakan semula dalam tempoh 60 hari.

Keputusan itu dipuji di seluruh dunia dan diuar-uarkan sebagai peluang untuk memperkuku­hkan demokrasi di Kenya, tetapi proses itu pantas bertukar suram, dengan retorik yang semakin buruk termasuk serangan oleh Kenyatta ke atas badan kehakiman.

Odinga menuntut pembaharua­n mendalam yang menurut IEBC adalah mustahil untuk dilaksanak­an dalam tempoh yang dimandatka­n oleh perlembaga­an.

“Semua petanda menunjukka­n pilihan raya yang dijadualka­n pada 26 Oktober nanti akan lebih buruk berbanding pilihan raya sebelum ini,” katanya ketika mengumumka­n pengundura­nnya Selasa lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia