Utusan Borneo (Sarawak)

Ceroboh melalui tingkap tandas

Rumah diselongka­r, wanita warga emas alami kerugian RM5,570

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Wanita warga emas kerugian RM5,570 apabila rumah miliknya dimasuki pencuri melalui tingkap tandas di Taman Grace Ville, di sini baru- baru ini.

Mangsa suri rumah berusia 60 tahun menyedari rumah dipecah masuk ketika pulang ke rumah Rabu lepas selepas seminggu tinggal dengan anaknya.

Menurut sumber, ketika wanita itu tiba di rumah kira- kira pada jam 4 petang mendapati tingkap tandas terbuka.

“Pemeriksaa­n dalam rumah mendapati telah diselongka­r di samping beberapa barang hilang dipercayai dicuri,” kata sumber.

Antara barang hilang ialah lima unit pembesar suara berserta pemain DVD, seunit komputer, dua tong gas, seunit periuk nasi, dua beg, seunit telefon bimbit, sebotol minuman alkohol dan sejumlah wang RM100.

Sejurus kejadian, wanita berkenaan telah membuat laporan polis bagi menyiasat kes tersebut.

Pemeriksaa­n dalam rumah mendapati telah diselongka­r di samping beberapa barang hilang dipercayai dicuri. Sumber

 ??  ?? CEROBOH: Lubang dibuat pencuri di sebuah bilik bagi memudahkan masuk ke dalam rumah.
CEROBOH: Lubang dibuat pencuri di sebuah bilik bagi memudahkan masuk ke dalam rumah.
 ??  ?? DIROSAKKAN: Jeriji besi dirosakkan pencuri untuk masuk ke dalam rumah.
DIROSAKKAN: Jeriji besi dirosakkan pencuri untuk masuk ke dalam rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia