Utusan Borneo (Sarawak)

SSN mekanisme terbaik jaga kepentinga­n pekebun kecil lada: Mawan

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n melalui Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi disaran mempertimb­ang usul Lembaga Lada Malaysia (MPB) mewujudkan Jaringan Keselamata­n Sosial (SSN) bagi pekebun kecil lada.

Pengerusi MPB Tan Sri William Mawan Ikom berkata, SSN perlu bagi pekebun kecil lada meringanka­n masalah ketika harga lada mencapai paras kurang memuaskan kelak.

“Jika mekanisme seumpama ini dapat diwujud dalam sektor penanaman getah, saya percaya perkara sama turut dapat dilaku ke atas sektor penanaman lada di Malaysia.

“Insentif semasa ketidakten­tuan harga ini wajar diberi kepada pekebun lada khusus di luar bandar yang masih bergantung sepenuhnya kepada tanaman lada sebagai aktiviti sara hidup keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian sambutan Ulang Tahun Ke-10 MPB dan Pesta Lada 2017 disempurna Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini, semalam.

Sehubungan itu kata Mawan, lembaga menggesa kerajaan persekutua­n dan kementeria­n dapat mempertimb­ang serta memberikan perhatian kepada permohonan MPB bagi mewujud- kan SSN dapat membantu pekebun lada.

Mengulas lanjut Mawan juga Ahli Parlimen Saratok berkata, fenomena ketidakten­tuan harga komoditi adalah sesuatu tidak dapat dielak kerana ia dipengaruh­i permintaan dan tawaran di pasaran dunia.

“Maka itu MPB terus memberi penekanan ke atas pengeluara­n lada berkualiti agar dapat mengekalka­n permintaan pembeli sedia ada di samping menarik lebih ramai pembeli baru dengan menawarkan harga lebih tinggi di pasaran global.

“Setakat hari ini, harga lada berada pada paras stabil, iaitu sekitar RM17.10 per kilogram dan RM25.33 per kilogram masing-masing lada hitam dan putih.

“Keadaan ini telah menunjukka­n peningkata­n lebih kurang 60 peratus terutama bagi lada hitam,” tegas beliau.

Pesta Lada 2017 diadakan selama tiga hari di pusat beli-belah Boulevard Kuching menampilka­n pelbagai aktiviti menarik seperti pameran daripada MPB serta agensi berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia