Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan usaha jadikan lada negara terbaik dunia

RM40.9 juta diperuntuk wujud Pusat Lada Negara di Semenggok untuk pergiat, perkasa aktiviti R&D

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi berusaha memastikan Malaysia dan Sarawak khususnya menjadi negara paling teratas dalam menghasilk­an pengeluara­n lada berkualiti kepada dunia.

Menterinya Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, Lada Sarawak khasnya kini dikenali di dunia dari segi premium, kualiti dan rasa.

“Sebagai contoh Vietnam, mereka masih mahu datang ke Sarawak kerana ingin mempelajar­i dan meneliti bagaimana Sarawak menghasilk­an lada yang sangat berkualiti.

“Kita bukan negara pengeluar terbesar lada, hanya tempat kelima iaitu dari segi kualiti tetapi Malaysia dan Sarawak perlu menjadi yang terbaik dari segi kualiti lada dan sedang diusahakan kementeria­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Ulang Tahun Ke-10 Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Pesta Lada 2017 yang dihadiri Timbalan

Sebagai contoh Vietnam, mereka masih mahu datang ke Sarawak kerana ingin mempelajar­i dan meneliti bagaimana Sarawak menghasilk­an lada yang sangat berkualiti. Datuk Seri Mah Siew Keong Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Pengerusi MPB Tan Sri William Mawan Ikom di sini, semalam.

Mah berkata, setakat ini, jumlah pekebun lada di Malaysia seramai 29,614 orang dan 98 peratus daripada mereka terdiri daripada pekebun lada di Sarawak.

Pada tahun 2017, katanya, keluasan tanaman lada di Malaysia dijangka mencecah 17,100 hektar dan jumlah pengeluara­n lada kira-kira 31,000 tan metrik.

Ia berbanding keluasan seluas 16,768 hektar pada tahun 2016 dengan jumlah pengeluara­n sebanyak 29,245 tan metrik.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), pihak kementeria­n juga telah memperuntu­k dana pembanguna­n sebanyak RM40.9 juta bagi tujuan pembinaan Pusat Pembanguna­n dan Pengembang­an Industri Lada Negara yang kini sedang dilaksanak­an di Semenggok, Kuching.

“Dengan terbinanya Pusat Lada Negara, ia dapat membantu MPB dalam mempergiat dan memperkasa­kan aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) industri lada,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media kemudianny­a, Mah yang melancarka­n buku resipi lada bertajuk ‘Sarawak Pepper for Your Palate’ pada majlis sama berkata, buku berkenaan mengandung­i pelbagai jenis resipi masakan berasaskan lada.

Beliau berkata, buku berkenaan mengandung­i 25 resipi masakan tempatan dan antarabang­sa yang telah dihasilkan dengan kerjasama oleh tiga pakar kulinari daripada Universiti UCSI.

Berhubung Pesta Lada yang diadakan, katanya, ia dilihat mampu menjadi platform untuk MPB memperkena­l dan mempromosi­kan lagi industri lada di negara ini.

“Selama sedekad penubuhan MPB, pelbagai cabaran telah ditempuhi, begitu juga dengan kejayaan yang dicapai dan diraih agensi ini.

“MPB memainkan peranan dan fungsi yang penting dalam usaha pihak kerajaan meningkatk­an taraf sosioekono­mi penduduk di luar bandar,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk K.Yogeesvara­n dan Ketua Pengarah MPB Dr Harry Entebang.

 ??  ?? ISTIMEWA: Mah (tengah) bersama Uggah (tiga kiri), Mawan (kanan) serta yang lain menunjukka­n buku resipi lada bertajuk ‘Sarawak Pepper for Your Palate’ yang turut dilancarka­n pada majlis semalam.
ISTIMEWA: Mah (tengah) bersama Uggah (tiga kiri), Mawan (kanan) serta yang lain menunjukka­n buku resipi lada bertajuk ‘Sarawak Pepper for Your Palate’ yang turut dilancarka­n pada majlis semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia