Utusan Borneo (Sarawak)

Patuhi peraturan kawalan harga

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali dari 13 hingga 22 Okt

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Peniaga harus mematuhi skim kawalan harga yang ditetap untuk beberapa barangan kawalan sempena perayaan Deepavali, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kepengguna­an dan Pengurusan) Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Razali Othman.

Jelasnya, skim itu ditetap dengan menyenarai 15 barang kawalan bermula 13 hingga 22 Oktober ini selama 10 hari iaitu lima hari sebelum Deepavali dan empat hari selepas perayaan.

“Kita berharap peniaga akan sentiasa mematuhi peraturan harga ditetap dan tanda harga warna merah jambu perlu diletak pada barang kawalan tertentu termasuk harga yang perlu dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarka­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali di Tai Kwong Supermarke­t, Times Square Megamall di sini petang semalam.

Beliau berkata, peniaga yang tidak mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan oleh KPDNKK dengan denda RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua- duanya atau kompuan sehingga RM50,000 bagi individu dan bagi syarikat boleh didenda RM500,000 atau kompaun RM250,000.

Katanya, kesalahan gagal meletak tanda harga merah jambu bagi individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun RM5,000 dan bagi syarikat boleh didenda RM20,000 atau dikompaun RM10,000.

“Pihak ingin membuat aduan boleh membuat aduan di saluran ditetapkan antaranya di talian 03- 80008000, talian bebas tol 03- 88826088 dan 03- 88826245 atau mengguna aplikasi telefon pintar EZ- ADU atau e- mel ke e- aduan@ kpdnkk. gov. my atau sms 1588 dengan menaip kpdnkk aduan atau terus datang ke pejabat KPDNKK,” tambahnya.

Dalam pada itu katanya, 15 barang terkawal yang ditetap harga di bawah skim ini ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing import, telur gred ABC, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil, bawang besar import, ubi kentang import dan kacang dal.

Turut mengiringi beliau dalam meninjau barang harga terkawal sekali gus melancarka­n skim itu di pasar raya terbabit ialah Ketua Penguat kuasa KPDNKK Sarawak merangkap Timbalan Pengarah Negeri, Abdul Hafidz Abdul Rahim; Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Cawangan Bintulu, Salihin Den dan Pengarah Urusan Tai Kwong Supermarke­t, Tang Kuok Heng, ketua-ketua penguat kuasa di beberapa bahagian di negeri ini serta penguat kuasa Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). KUCHING: Jambatan Jubli Emas merentangi Sungai Sarawak di Tebingan Kuching tidak akan menjejaska­n pengusaha perahu tambang.

Perkara itu ditegaskan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pemberita selepas sidang media sempena Kejohanan Olahraga Asian Masters Ke-21 di Hotel Grand Margherita di sini, semalam.

Beliau memberitah­u, ini kerana laluan yang disediakan di jambatan itu terletak jauh dari pangkalan perahu tambang di sekitarnya.

“Ia (Jambatan Jubli Emas) tidak menjadi masalah kepada mereka kerana jambatan ini menghubung­kan Tebingan Kuching ke sebelah selatan Kompleks Dewan Undangan Negeri, Taman Orkid dan Fort Margherita.

“Bagi pengusaha perahu tambang di Pangkalan Haji Omar, Kampung Boyan dan pangkalan di Kampung Lintang sudah pastinya tidak akan terjejas kerana ia jauh dari pangkalan- pangkalan ini,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Abdul Karim memberitah­u beliau sedia untuk bersua muka dengan pengusaha perahu tambang yang dikatakan terjejas akibat pembinaan jambatan tersebut.

“Isu ini hanya diperbesar­kan oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab, jika ada di kalangan pengusaha perahu tambang yang terjejas, kita sedia membantu kerana perahu tambang ini sudah menjadi ikon di Sungai Sarawak sebagai tarikan pelancong.

“Kemungkina­n kita tempatkan pengusaha perahu tambang di bawah agensi kita sekiranya mereka mahu terlibat sama secara serius,” jelasnya.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu berkata, pihaknya akan memaklumka­n tarikh perasmian jambatan tersebut pada November ini.

“Ramai yang sudah tidak sabar untuk menggunaka­nnya, saya sudah berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Insya-Allah kita akan rasmikan jambatan ini sebelum hujung tahun ini.

“Kita masih menentukan tarikhnya sahaja, sama ada dirasmi pada bulan ini atau bulan lain sebelum hujung tahun ini,” ujarnya.

Kita berharap peniaga akan sentiasa mematuhi peraturan harga ditetap dan tanda harga warna merah jambu perlu diletak pada barang kawalan tertentu termasuk harga yang perlu dipatuhi. Datuk Razali Othman Timbalan Ketua Setiausaha (Kepengguna­an dan Pengurusan) KPDNKK

 ??  ?? PENGANJUR UTAMA: Lee menyampaik­an cek geran MRP kepada Felix disaksikan ahli jawatankua­sa yang lain.
PENGANJUR UTAMA: Lee menyampaik­an cek geran MRP kepada Felix disaksikan ahli jawatankua­sa yang lain.
 ??  ?? LANCAR: Razali (dua kiri) menyempurn­akan pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali sambil disaksikan oleh Tang, Abdul Hafidz (kanan) serta Salihin dan ketua penguat kuasa KPDNKK lain.
LANCAR: Razali (dua kiri) menyempurn­akan pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali sambil disaksikan oleh Tang, Abdul Hafidz (kanan) serta Salihin dan ketua penguat kuasa KPDNKK lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia