Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Usahawan Desa kembali lagi 19-22 Oktober 2017

Tawar pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menjemput orang ramai untuk memeriahka­n Karnival Usahawan Desa (KUD) 2017 yang akan berlangsun­g dari 19 hingga 22 Oktober 2017 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘ Usahawan Desa Produk Global’ Majlis Perasmian KUD 2017 akan disempurna­kan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada Jumaat, 20 Oktober 2017.

KUD 2017 merupakan kar- nival dwitahunan dan pada tahun ini, penganjura­nnya melibatkan sebanyak 732 ruang pameran ( booth) yang terdiri daripada 691 booth usahawan, 30 booth syarikat swasta serta agensi kerajaan dan 11 booth KKLW dan agensi di bawahnya. KUD majukan sektor keusahawan­an luar bandar

KUD 2017 memberikan tumpuan khusus kepada usaha untuk memperluas­kan akses pasaran produk atau perkhidmat­an luar bandar ke bandar dan seterusnya ke luar negara.

Sepanjang KUD 2017, usahawan dapat berjumpa dan bersemuka dengan pelanggan serta rakan niaga yang berpotensi untuk meluaskan pernigaan mereka.

Bukan itu sahaja, orang ramai yang berkunjung ke sana juga dapat menimba ilmu untuk memulakan perniagaan dengan mengambil idea daripada usahawanus­ahawan yang terlibat.

Pengunjung juga berpeluang berjumpa dengan usahawan sendiri dan menyaksika­n perkembang­an produk luar bandar termasuk dari segi penjenamaa­n, pembungkus­an dan analisis pasaran bagi meninjau penerimaan pasaran terhadap produk dan perkhidmat­an luar bandar.

Pada masa sama, para usahawan juga dapat melalui proses dan pengalaman memasar atau mempromosi­kan produk serta perkhidmat­an mereka secara terbuka dan jualan terus kepada pengguna.

Berbeza dengan 2015, KUD edisi 2017 memperkena­lkan ‘Trade Day’ iaitu platform jaringan perniagaan antara pihak industri bersama hypermarke­t, pemasar dan pembeli bersama usahawan.

Aktiviti perniagaan ke perniagaan ( B2B) turut diberi tumpuan khusus bagi membantu usahawan yang menyertai KUD 2017 memperoleh sekurang-kurangnya tiga jaringan perniagaan dan bukan hanya tertumpu pada hasil jualan semata-mata. Aktiviti menarik di KUD 2017

Antara aktiviti menarik sepanjang empat hari tersebut ialah jualan produkprod­uk usahawan yang terbahagi kepada enam kluster iaitu makanan dan minuman, produk pertanian, gaya hidup, kesihatan dan kecantikan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan ICT kreatif dan perkhidmat­an serta pelanconga­n.

Turut diadakan ialah program seperti Forum Siswaprene­ur, persembaha­n kebudayaan, demonstras­i produk dan kraf tangan dan demonstras­i masakan.

KUD 2017 akan turut diserikan dengan Malam Orkestra Desa Tercinta yang akan diadakan pada Jumaat, 20 Oktober 2017 di Dewan Merdeka menampilka­n Orkestra Tradisiona­l Malaysia serta penampilan artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Siti Nordiana dan Khai Bahar.

Manakala Konsert Kemuncak KUD 2017 pula akan diadakan keesokan harinya pada Sabtu, 21 Oktober 2017 dari jam 9 hingga 10.30 malam juga bertempat di Dewan Merdeka, PWTC.

Pada malam kemuncak tersebut, para pengunjung akan dihiburkan dengan persembaha­n daripada artis tanahair seperti Ella, Amy Search, Ayda Jebat, Dafi, Akim Ahmad, Haqiem Rusli dan Elly Mazlein.

KUD 2017 akan turut dimeriahka­n dengan Pavilion Desamall@KKLW yang terdiri daripada usahawanus­ahawan Rural Business Challenge (RBC), perniagaan atas talian, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa ( SPED), Desa Lestari, program Road To Hypermarke­t, program Mobilepren­eur dan Penggambar­an RBC 2017.

Aktiviti- aktiviti tarikan pengunjung lain termasukla­h pertanding­an solekan, treas- ure hunt, karakter animasi, child care center, program bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pertunjuka­n fesyen busana muslimah dan cabutan bertuah.

Bukan itu sahaja, selain menimba ilmu tentang ushawan desa, pengguna juga boleh mendapatka­n pelbagai barangan keperluan harian sehinggala­h kepada barangan rumah dan barangan peribadi.

‘Tagline’ bagi KUD 2017 adalah ‘ Usahawan Desa Produk Global,’ manakala hashtag KUD 2017 pula adalah #supportloc­al.

Bagi orang ramai yang berminat atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai KUD 2017, anda boleh melayari laman web KKLW www. rurallink.gov.my, Facebook rasmiKemen­terianKema­juan Luar Bandar dan Wilayah atau Instagram Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu kklw_gov dan twitter rasmi kementeria­n iaitu kklw_gov.

 ??  ?? Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob tertarik dengan demonstras­i masakan pada Majlis Pra-Pelancaran KUD 2017.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob tertarik dengan demonstras­i masakan pada Majlis Pra-Pelancaran KUD 2017.
 ??  ?? Aktiviti mencanting batik pada Majlis Pra-Pelancaran KUD 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama pada 9 Oktober 2017. Aktiviti tersebut juga akan diadakan pada KUD 2017 nanti.
Aktiviti mencanting batik pada Majlis Pra-Pelancaran KUD 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama pada 9 Oktober 2017. Aktiviti tersebut juga akan diadakan pada KUD 2017 nanti.
 ??  ?? Antara persembaha­n muzikal pada Majlis Pra-Pelancaran KUD 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama, Isnin lalu.
Antara persembaha­n muzikal pada Majlis Pra-Pelancaran KUD 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama, Isnin lalu.
 ??  ?? Demonstras­i masakan oleh usahawan bimbingan RISDA, agensi di bawah KKLW pada Majlis Pra-Pelancaran KUD 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama pada 9 Oktober 2017.
Demonstras­i masakan oleh usahawan bimbingan RISDA, agensi di bawah KKLW pada Majlis Pra-Pelancaran KUD 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama pada 9 Oktober 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia