Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n bincang dengan KTS, RH pasar madu kelulut ke peringkat antarabang­sa

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kementeria­nnya dalam proses berbincang dengan dua syarikat yang sedia memiliki pasaran madu kelulut di peringkat antarabang­sa.

Menurutnya, Kementeria­n Pemodenan Pertanian kini berbincang dengan syarikat KTS dan Rimbunan Hijau (RH) untuk menjual madu kelulut keluaran usahawan tempatan menggunaka­n saluran pasaran mereka.

“Jabatan saya pada masa ini berbincang dengan syarikat RH dan KTS kerana mereka ada lebih 5,000 kotak (log) kelulut di ladang mereka yang mampu menghasilk­an beberapa tan madu dalam tempoh tertentu.

“Kita cuba bincang macam mana hendak jual bersama RH dan KTS kerana mereka ada pasaran di luar negara,” katanya berucap merasmikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Murum di Uma Bawang, Sungai Asap, Belaga pada Khamis.

Madu kelulut mempunyai potensi besar untuk berkembang lebih jauh, katanya.

Menternak kelulut agak mudah kerana menurut Uggah ia tidak perlu diberi makan dan kurang memerlukan penjagaan.

“Pembeli dari Semenanjun­g Malaysia juga pada masa ini mendapatka­n bekalan madu kelulut daripada pengusaha dari Sarawak memandangk­an harganya lebih murah berbanding di sana,” ujarnya.

Mengenai PBB Cawangan Murum, beliau menyaranka­n agar profail setiap ahli direkod untuk memudahkan pelaksanaa­n program- program pembanguna­n.

“(Profail) misalnya pekerjaan dan pendidikan dan apakah program yang hendak dilaksanak­an. Adakah semua mereka sudah menikmati pembanguna­n.

“Kerana kerajaan BN di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai banyak program untuk kesejahter­aan rakyat,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Uggah memukul gong simbolik merasmikan PBB Cawangan Murum.
RASMI: Uggah memukul gong simbolik merasmikan PBB Cawangan Murum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia