Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Memancing Sibu Shimano tawar hadiah lumayan

-

SIBU: Hadiah lumayan wang tunai RM3,000 menanti juara Pertanding­an Memancing Sibu Shimano 2017 pada 26 November depan.

Pengerusi Kelab Pemancing Sibu, Ting Hua Sing berkata juara turut berpeluang membawa pulang hadiah peralatan memancing Shi- mano dan piala.

“Naib johan mendapat hadiah wang tunai RM800, peralatan memancing Shimano dan piala. Pemenang tempat ketiga mendapat wang tunai RM300, peralatan memancing Shimano dan piala.

“Manakala pemenang keempat hingga ke-10 masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100 setiap seorang,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Ting berkata, pertanding­an adalah terbuka kepada semua kaki pancing menggunaka­n alat pemanc- ing Shimano sahaja.

“Pertanding­an diadakan di Lorong 11, Jalan Ding Lik Kong bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari. Peserta diminta melaporkan diri jam 7.30 pagi sebelum pertanding­an,” ujarnya.

Tambah Ting, yuran penyertaan RM30 seorang dikenakan kepada ahli-ahli kelab dan RM50 seorang bagi bukan ahli kelab.

“Tarikh tutup penyertaan pada 23 November. Bagi mereka yang berminat mengambil bahagian selepas tarikh tutup penyertaan perlu membayar yuran RM80 seorang.

“Borang penyertaan boleh didapati di Suria Trading Company di Jalan Pedada dengan menghubung­i talian 084-324982 atau pengerusi pengelola Kong Nyuk Leong 0168788836,” katanya.

Ting berkata, penganjur turut menyediaka­n 10 hadiah cabutan bertuah dan 150 peserta berpeluang mendapat topi Shimano percuma.

“Pertanding­an ditaja oleh Shimano (S) Pte Ltd dan disokong OFT Pancing Sdn Bhd. Kita mengalu-alukan penyertaan orang ramai mengambil bahagian pada pertanding­an ini,” jelasnya.

Hadir sama Penasihat dan Pengerusi Kehormat Kelab Pemancing Sibu Wong King Uieng, setiausaha­nya, Peter Sia dan Tan Tung Kuok serta bendahari, Siew Teck Ping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia