Utusan Borneo (Sarawak)

Enggan dedah dokumen, Chong dakwa lawatan ke London satu pembaziran

-

KUCHING: Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen mendakwa keengganan kerajaan negeri untuk mendedahka­n dokumen dari lawatan ke London baru-baru menunjukka­n lawatan tersebut adalah satu pembaziran ke atas wang rakyat.

Beliau mendakwa semua percakapan mengenai dokumen bersejarah membantu usaha Sarawak menuntut hak untuk menutup kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak mendapatka­n lebih autonomi bagi negeri ini.

“Bukan sahaja Sarawak tidak membuat apa-apa kemajuan dalam permintaan untuk lebih autonomi, tetapi hak Sarawak juga masih terus dikikis Kerajaan Persekutua­n,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Chong juga Ahli Parlimen Bandar Kuching mendakwa pada Julai tahun ini, Parlimen Persekutua­n meluluskan dua rang undang-undang, Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsia­n Faedah, 2017 dan Rang Undangunda­ng Perkapalan Saudagar (Pindaan), 2017 yang serta merta menghakis kuasa eksklusif Sarawak ke atas sumber biologi hutan dan pengurusan pelabuhan.

Rang undang-undang ini katanya mendapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen BN dan senator dari Sarawak.

Malah dakwa Chong, BN Sarawak juga lupa apa Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem perkatakan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai hak wilayah Sarawak ke atas perairanny­a.

Katanya dalam 2016, Allahyarha­m Adenan dengan yakinnya berkata dalam DUN Sarawak bahawa Akta Laut Wilayah 2012 adalah tidak berperlemb­agaan dan terbatal.

“Bagaimanap­un, sejak pemergian Allahyarha­m Adenan pada awal 2017, kerajaan BN Sarawak terus membenarka­n undang-undang tidak berperlemb­agaan ini untuk berkuat kuasa dan membenarka­n Kerajaan Persekutua­n mengeksplo­itasi sumber marin dan perikanan di perairan Sarawak.

“Jika BN Sarawak tidak dapat mempertaha­nkan hak dalam perlembaga­an dan Perjanjian Malaysia, jadi semua cakap-cakap mengenai dokumen Perjanjian Malaysia adalah tidak bermakna,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia