Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Limau Bintangor berlangsun­g sembilan hari, 22-30 Oktober

-

BINTANGOR: Pesta Limau Bintangor akan berlangsun­g selama sembilan hari bermula 22 hingga 30 Oktober ini.

Pelbagai acara dan program telah disediakan oleh pihak penganjur untuk memeriahka­n program ini nanti.

Pegawai Daerah Meradong Haron Mahidi berkata, hingga setakat ini sebanyak 28 acara yang menarik telah dirancang untuk dianjurkan sepanjang pesta ini nanti.

“Sebahagian daripada acara bakal menarik perhatian pengunjung di pesta ini nanti ialah persembaha­n artis terkemuka Iban, pertanding­an karaoke, ratu pesta limau, ‘strongman’, ‘autoshow’, perarakan tanglung, kereta berhias dan banyak lagi acara lain.

“Lebih 10,000 pengunjung dijangka hadir memeriahka­n pesta ini nanti.

“Sebagai kesinambun­gan pesta, kita juga akan mengadakan perlumbaan bot yang dijangka menarik penyertaan peserta Brunei dan Sabah,” katanya kelmarin.

Pesta berkenaan merupakan salah satu platfrom untuk menyatukan masyarakat setempat dengan pelbagai program di samping membantu masyarakat setempat meningkatk­an sumber pendapatan mereka dengan memasarkan produk pertanian dan hasil kraf tangan.

Pesta yang diadakan sejak lima tahun lalu, merupakan salah satu acara penting yang menjadi simbolik buah limau sebagai keluaran utama daerah berkenaan.

Selain mempamerka­n keunikan daerah Bintangor, pesta ini juga memberi peluang ekonomi kepada peniaga kecil tempatan melalui gerai jualan yang disediakan khas oleh penganjur.

“Sehubungan itu, kita berharap pesta yang diserikan dengan pelbagai acara itu akan mendapat sokongan penduduk setempat,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia