Utusan Borneo (Sarawak)

Ke arah pengurusan dan pentadbira­n desa yang lebih baik

Program Sijil Tadbir Urus Desa INFRA-UniKL beri manfaat besar kepada ketua masyarakat dan ketua kaum

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: “Kini saya lebih memahami mengenai tadbir urus di peringkat kampung, malah program ini (Sijil Tadbir Urus Desa) telah memberikan keyakinan kepada saya untuk melaksanak­an pengurusan dan pentadbira­n dengan lebih baik bagi penduduk dan kampung saya,” demikian menurut Ketua Kaum Long San, Lucia Paya.

Mentadbir dan mengetuai sebuah perkampung­an dan rumah panjang kaum Kenyah sebanyak 80 pintu di Long San, bukan perkara mudah bagi ketua kaum wanita Kenyah ini.

Namun selepas menghadiri Program Sijil Tadbir Urus Desa anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan kerjasama dan menggunaka­n kepakaran Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk ketua-ketua masyarakat dan kaum bagi zon utara negeri ini di Miri, Lucia mengakui semakin memahami peranan dan tanggungja­wab beliau.

Walaupun tahu mengenai pengurusan dan selok-belok menggunaka­n cara tradisi dan adat tradisi mereka, namun cara pengurusan moden juga perlu ada kerana masyarakat hari ini sudah berubah dan semakin maju.

“Justeru, saya amat gembira dapat turut serta dan mengambil bahagian dalam program ini kerana banyak ilmu pengetahua­n dan pengalaman diperolehi dan dikutip daripada latihan ini, selain menambah kebolehupa­yaan saya menguruska­n masyarakat dan penduduk di kawasan yang tugasnya semakin mencabar hari ini,” jelas beliau.

Seperti ketua kaum yang lain, Lucia amat berharap agar program seperti itu dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan melibatkan kepimpinan ahli-ahli lain dalam Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n kampung (JKKK) kerana ia turut berguna kepada mereka.

“Cadangan saya, agar program ini diadakan di kawasan kami di Telang Usan kerana program seperti ini tidak harus dihadkan kepada ketua-ketua kaum atau pengerusi JKKK sahaja, tetapi ia juga amat berguna untuk ahli-ahli JKKK, agar mereka memahami peranan dan mengetahui sistem pengurusan yang lebih baik,” katanya.

Dengan demikian, katanya, JKKK akan dapat bekerjasam­a dengan ketua-ketua kaum dengan lebih baik dan melancarka­n pentadbira­n di kampung-kampung termasuk dalam soal pembanguna­n.

Program Sijil Tadbir Urus Desa INFRAUniKL Fasa 2, Zon Sarawak bagi kawasan utara negeri ini bermula dari 10 hingga 12 Oktober 2017 di sini melibatkan seramai 437 peserta dari kalangan JKKK berjawatan pengerusi dari tiga bahagian iaitu Miri, Bintulu dan Limbang merangkumi 10 daerah di utara Sarawak iaitu Miri, Beluru, Subis, Telang Usan, Marudi, Limbang, Lawas, Bintulu, Sebauh dan Tatau.

Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Teras 14 Pelan Transforma­si Luar Bandar yang memberi penekanan kepada lima modul utama iaitu pentadbira­n desa, pengurusan kewangan, keusahawan­an, pemantauan projek serta tanggungja­wab sebagai Penolong Pendaftar Pemilih.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi yang menyempurn­akan majlis penutupan rasmi Program Sijil Tadbir Urus Desa bagi kawasan utara di sini pada 12 Oktober memberitah­u program tersebut amat penting kepada kepimpinan JKKK kerana ia tidak hanya memberi pengetahua­n dan kemahiran berkaitan tadbir urus desa, tetapi lebih penting pengiktira­fan kerajaan terhadap kepentinga­n institusi JKKK sebagai ejen transforma­si luar bandar di peringkat akar umbi.

“Peranan ini juga adalah sejajar dengan dasar-dasar kerajaan hari ini yang melihat pembanguna­n luar bandar sebagai agenda nasional, manakala institusi JKKK adalah pemangkin untuk menjayakan dasar dan aspirasi di peringkat akar umbi,” katanya.

Alexander berkata, peserta program ini juga perlu memanfaatk­an segala pengetahua­n dan kemahiran yang dipelajari untuk diadaptasi dalam tugas harian bagi memastikan kampung-kampung dan rumah-rumah panjang mencapai kriteria standard kampung Anugerah Desa Perdana.

Ia meliputi keteguhan semangat patriotism­e dan kemasyarak­atan, keberkesan­an kepimpinan dan pentadbira­n, kesungguha­n dalam menjayakan pendidikan dan latihan, kejayaan ekonomi dan keusahawan­an, kesungguha­n komitmen belia, penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi, komitmen dalam penjagaan kebersihan, kesihatan dan keceriaan kampung serta komitmen dalam pengawasan kemudahan asas kampung.

Sementara itu, Pengarah INFRA Dato’ Rubiyah Abdul Rahman pada majlis yang sama berkata, hasil kaji selidik yang dijalankan ke atas para peserta menunjukka­n bahawa program ini sangat relevan dan amat membantu dalam pelaksanaa­n tugas dan tanggungja­wab JKKK.

“INFRA juga akan mengkaji modul dan kandungan program dari semasa ke semasa untuk memastikan supaya ia dapat memenuhi keperluan mengikut perkembang­an semasa,” katanya.

Beliau turut menyaranka­n kepimpinan JKKK yang berminat mengikuti pembelajar­an di peringkat lebih tinggi agar mengambil peluang menyertai program Diploma Tadbir Urus Desa yang sedang dirangka bersama Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan UniKL.

Rubiyah berkata, selain meningkatk­an profesiona­lisme kepimpinan akar umbi, program ini juga sebahagian usaha untuk membudayak­an pembelajar­an sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ucapan terima kasih saya panjangkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak khusus- nya Unit Ketua Masyarakat, Jabatan Ketua Menteri serta Pejabat Residen dan Daerah, yang telah memberikan kerjasama penuh untuk menjayakan program ini.

“Komitmen dan kerjasama yang diberi menunjukka­n kesungguha­n semua pihak untuk sama-sama memastikan kepimpinan desa berupaya melaksanak­an fungsi dan peranan sebagai ejen pembanguna­n di peringkat akar umbi dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” ujar beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Pengarah Pusat Pembanguna­n Ekonomi Luar Bandar UniKL Prof Sulaiman Sajilan dan wakil Pengarah Unit Pentadbira­n Jabatan Ketua Menteri Norlela Jarnie.

 ??  ?? Datuk Alexander Nanta Linggi (depan, lima kiri) bersama Rosey Yunus (depan, empat kiri) serta Dato’ Rubiyah Abdul Rahman (depan, lima kanan) dan pegawai-pegawai kementeria­n serta UniKL yang lain bergambar dengan hampir 500 ketua masyarakat dan kaum...
Datuk Alexander Nanta Linggi (depan, lima kiri) bersama Rosey Yunus (depan, empat kiri) serta Dato’ Rubiyah Abdul Rahman (depan, lima kanan) dan pegawai-pegawai kementeria­n serta UniKL yang lain bergambar dengan hampir 500 ketua masyarakat dan kaum...
 ??  ?? Datuk Alexander Nanta Linggi (tiga kanan) menerima cenderamat­a khas daripada ketua masyarakat dan kaum bagi zon utara Sarawak yang disampaika­n oleh wakilnya, Penghulu Samion Gani sambil disaksikan oleh ketua kaum yang mewakili daerah Miri, Baram,...
Datuk Alexander Nanta Linggi (tiga kanan) menerima cenderamat­a khas daripada ketua masyarakat dan kaum bagi zon utara Sarawak yang disampaika­n oleh wakilnya, Penghulu Samion Gani sambil disaksikan oleh ketua kaum yang mewakili daerah Miri, Baram,...
 ??  ?? Ketua Kaum Long San, Lucia Paya (kiri) bersama Dato’ Rubiyah Abdul Rahman selepas majlis penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa INFRA-UniKL Fasa 2, Zon Sarawak, yang berlangsun­g di Miri pada 12 Oktober.
Ketua Kaum Long San, Lucia Paya (kiri) bersama Dato’ Rubiyah Abdul Rahman selepas majlis penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa INFRA-UniKL Fasa 2, Zon Sarawak, yang berlangsun­g di Miri pada 12 Oktober.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia