Utusan Borneo (Sarawak)

MPS anjur aktiviti ‘Jom Bersenam’ sempena sambutan Hari Sukan Negara

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) menganjurk­an aktiviti ‘Jom Bersenam’ sempena sambutan Hari Sukan Negara Bahagian Sibu di Dataran Bandar Sibu Fasa I, di sini semalam.

Program melibatkan aktiviti senamrobik itu disertai kirakira 300 warga MPS pelbagai jabatan dan kaunselor.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Sosial dan Pembanguna­n Komuniti MPS Kaunselor Donna Petrus Ngelai menyambut baik usaha MPS menganjurk­an program tersebut sekali gus meningkatk­an kesedaran kakitangan untuk mengamalka­n budaya hidup sihat.

“Kesihatan diri akan meningkatk­an mutu kerja dan kecergasan minda. Oleh itu, saya berharap warga MPS mengamalka­n budaya bersukan, sekurang-kurangnya ikut kemampuan diri,” katanya.

Sementara itu, sambutan Hari Sukan Negara diisytihar­kan pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober setiap tahun.

Inisiatif Kementeria­n Belia dan Sukan, Hari Sukan Negara adalah sebahagian daripada langkah proaktif untuk menjadikan Malaysia sebuah ‘Negara Bersukan.’

Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional sejajar dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

 ??  ?? BUDAYA SIHAT: Sebahagian warga MPS menyertai senamrobik sempena Hari Sukan Negara Bahagian Sibu di Dataran Bandar Sibu Fasa I, semalam.
BUDAYA SIHAT: Sebahagian warga MPS menyertai senamrobik sempena Hari Sukan Negara Bahagian Sibu di Dataran Bandar Sibu Fasa I, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia