Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Lions Mandarin Sibu adakan program pemeriksaa­n kesihatan percuma Ahad ini

-

SIBU: Kelab Lions Mandarin Sibu akan mengadakan program pemeriksaa­n kesihatan percuma pada 15 Oktober (Ahad) ini di bangunan Persatuan Foochow Kanowit.

Presidenny­a, Tong Tieng Cheng berkata program itu bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat di kawasan luar bandar mengenai penjagaan kesihatan diri.

“Oleh itu, kita melawat beberapa kawasan rumah panjang di Kanowit pada Ahad ( 8 Oktober) sekali gus memperkena­l program pemeriksaa­n kesihatan percuma.

“Kita mahu penduduk di kawasan luar bandar memahami dan sedar pentingnya menjaga kesihatan diri mereka,” katanya di sini semalam.

Justeru, beliau berharap penduduk setempat akan menghadirk­kan diri bagi mendapat pemeriksaa­n percuma pada program itu.

Sementara itu, program itu juga dianjurkan bersama Persatuan Foochow Kanowit, Persatuan Ming Nan dan Persatuan Kwang Tung Kanowit.

Program lawatan ke rumah panjang itu turut disertai Pengerusi Persatuan Kwang Tung Kong Nguk Khee, bekas presiden Kelab Lions Mandarin Sibu Hii Yu Siong, pengerusi penganjur program pemeriksaa­n kesihatan luar bandar Kanowit, Steven Chieng dan Pengerusi Kelan Lions Kebangsaan 308-A2 District Zone, Chieng Sie Kong.

 ??  ?? JOM PERIKSA KESIHATAN: (Dari kiri) Kong, Hii, Tong, Steven (dua kanan) dan Chieng (kanan) bersama Tuai Rumah Margaret Ugak.
JOM PERIKSA KESIHATAN: (Dari kiri) Kong, Hii, Tong, Steven (dua kanan) dan Chieng (kanan) bersama Tuai Rumah Margaret Ugak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia