Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga anggota TLDM didakwa bunuh dan cedera rakan sekerja

-

LUMUT: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung, dekat sini, semalam atas pelbagai tuduhan berkaitan membunuh dan mencederak­an dua rakan sekerja dalam bilik tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, bulan lepas.

Ketiga-tiga tertuduh, Mohd Izhrifikri Roslee, 29; Hamzah Zakaria, 35; dan Mohd Farid Musa, 32, yang berpangkat Laskar Kanan dan bertugas sebagai pengawal bilik tahanan itu.

Bagi kes Mohd Izhrifikri, dia didakwa membunuh dengan menyebabka­n kematian Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, di padang latihan bilik tahanan tersebut antara jam 10.30 pagi hingga 3.20 petang, 29 Sept lalu.

Dia juga dituduh menyebabka­n kematian Muhammad Lailatulim­an Mohd Sukri, 26, pada masa, tarikh, dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika dibacakan di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim.

Mahkamah kemudianny­a menetapkan 12 Dis ini untuk sebutan semula di Mahkamah Majistret Seri Manjung sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat serta dokumendok­umen lain.

Bagi pertuduhan terhadap Hamzah, tertuduh menghadapi dua pertuduhan menyebabka­n kecederaan dengan sengaja terhadap Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailatulim­an di laluan hadapan bilik tahanan tersebut pada jam 10.30 pagi, 29 Sept.

Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 30 Okt ini.

Bagi pertuduhan aterhadap Mohd Farid Musa, dia didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan terhadap Nik Muhammad Baihaqy di pejabat penga- wal bilik tahanan itu pada jam 12.30 tengah malam, 28 Sept lalu.

Bagaimanap­un, tertuduh tidak mengaku bersalah dan minta dibicaraka­n sebelum mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 30 Okt ini.

Hamzah dan Mohd Farid masing-masing didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalik­an Ketua Unit Pendakwaan Perak, Yusaini Amer Abd Karim manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Peguam Zalil Mohd Mess dan Farah Helmy turut hadir sebagai peguam pemerhati bagi mewakili keluarga Muhammad Lailatulim­an. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung, Lumut, semalam,.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung, Lumut, semalam,.
 ??  ?? CEDERA: Mangsa diusung ke Unit Kecemasan Hospital Sibu pagi semalam.
CEDERA: Mangsa diusung ke Unit Kecemasan Hospital Sibu pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia