Utusan Borneo (Sarawak)

1MDB: Saman Tony Pua terhadap Najib ditolak

Pua tidak mempunyai locus standi untuk failkan tindakan

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia semalam berjaya membatalka­n saman difailkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee berhubung dakwaan salah laku membabitka­n dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Datin Faizah Jamaludin yang membenarka­n permohonan Najib dan kerajaan bagi membatalka­n saman itu memutuskan bahawa Pua selaku plaintif tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan terhadap kedua-dua defendan.

Faizah dalam penghakima­nnya berkata mahkamah mendapati Pua selaku plaintif gagal menyatakan dalam rayuannya yang beliau mempunyai hak undangunda­ng atau kepentinga­n mencukupi untuk membuat dakwaan terhadap Najib mengenai salah laku sebagai pegawai awam.

“Duit yang digunakan Menteri Kewangan Diperbadan­kan untuk melanggan saham 1MDB tidak bermakna dengan sendirinya adalah penyelewen­gan wang pembayar cukai.

“Lebih-lebih lagi 1MDB

Lebih-lebih lagi 1MDB adalah syarikat milik Kementeria­n Kewangan dan pemegang saham yang membeli saham, adalah suatu urusan biasa perniagaan.

adalah syarikat milik Kementeria­n Kewangan dan pemegang saham yang membeli saham, adalah suatu urusan biasa perniagaan,” katanya.

Faizah berkata dakwaan Pua kononnya wang bayaran cukainya akan digunakan pada masa depan untuk menunaikan jaminan yang diberikan kerajaan bagi bon 1MDB, tidak disokong dalam rayuannya dan terlalu jauh dalam alasan undang-undang, untuk memberikan­nya sebarang hak undang-undang atau kausa tindakan.

“Tiada kausa tindakan bagi kehilangan reputasi di bawah pelaksanaa­n tindakan salah laku pentadbira­n awam,” katanya.

Faizah berkata mahkamah berpendapa­t bahawa plaintif sebagai pembayar cukai tidak dapat mewujudkan kaitan kausa yang diperlukan yang menunjukka­n beliau mengalami kerugian dan kerosakan yang dituntut, atau tindakan perdana menteri menyebabka­n kerugian itu.

Beliau berkata, mahkamah juga terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan perdana menteri dan menteri kewangan tidak boleh disaman kerana mereka bukan penjawat awam.

“Berdasarka­n sebab-sebab itu, mahkamah mendapati plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang munsabah dalam pelaksanaa­n undang-undang yang tidak wajar di pejabat awam terhadap perdana menteri. Begitu juga tindakan plaintif terhadap perdana menteri jelas tidak mapan.

Mahkamah juga memerintah­kan Pua membayar kos berjumlah RM10,000 kepada Najib dan kerajaan.

Najib diwakili Peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Datuk Mohd Hafarizam Harun, sementara Peguam Kanan Persekutua­n Alice Loke bertindak bagi pihak kerajaan.

Pua, yang hadir pada prosiding hari ini diwakili Peguam Gobind Singh Deo.

Najib memfailkan permohonan membatalka­n saman Pua pada 4 Feb atas alasan beliau bukan pegawai awam dan mendawa Pua menyalahgu­nakan proses mahkamah sementara kerajaan fail permohonan pada 2 Mac lepas atas sebab Pua tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Pada 16 Jan lepas, Pua selaku plaintif menyaman kerajaan dan Najib selaku defendan pertama dan kedua atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbira­n awam dan kerajaan membabitka­n dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) serta menuntut ganti rugi am, tambahan dan teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pua pula memfailkan saman terhadap Najib dan kerajaan pada 16 Jan tahun ini bagi salah laku pentdabira­n wang membabitka­n Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) mengeluark­an dan menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah,kos serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. — Bernama

Datin Faizah Jamaludin Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia