Utusan Borneo (Sarawak)

Penulis blog ‘Sang Kelembai’ didakwa hantar komunikasi jelik di FB

-

KLANG: Penulis blog ‘Sang Kelembai’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi yang jelik sifatnya menggunaka­n aplikasi Facebook, Oktober tahun lepas.

Datuk Abd Zarin Mohd Yasin, 65, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Beliau didakwa secara sedar melakukan kesalahan itu dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain, yang telah dibaca di pautan https://www.facebook. com/ zahrinmohd­yasin/ posts/ 1020768739­0002554, kira-kira 9 malam pada 8 Okt lepas, di Taman Sri Putra, Sungai Buloh.

Abd Zarin yang juga Ketua UMNO Cawangan Sri Labuan, Bandar Tun Razak, didakwa melakukan kesalahan itu menggunaka­n perkhidmat­an aplikasi Facebook akaun profil ‘Zaharin Mohd Yasin’ kira-kira jam 8.49 malam pada 8 Okt tahun lepas.

Jika sabit kesalahan, beliau yang didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mohd Sophian Zakaria mencadangk­an supaya Abd Zarin dibebaskan dengan jaminan RM5,000.

Peguam Muhammad Fitri Abdullah Wahid yang mewakili Abd Zarin bagaimanap­un memohon mahkamah mengurangk­an jumlah jaminan atas alasan anak guamnya yang mempunyai empat orang anak tidak bekerja dan hanya mendapat komisen daripada penulisan blog.

Hakim Tasnim kemudian membenarka­n Abd Zarin dibebaskan dengan jaminan RM4,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 16 Nov depan untuk pengurusan kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia