Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN Pujut buat laporan dua kes kepada SPRM

-

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon membuat dua laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini semalam.

Beliau ditemani Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling dan Timbalan Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hee tiba di pejabat SPRM kira-kira pada jam 10 pagi.

Dr Ting ketika ditemui berkata beliau meminta SPRM umenyiasat mengenai isu penyelewen­gan duit melibatkan dua kes.

“Kes pertama melibatkan padang bola sepak di Desa Senadin yang tidak diselengga­ra kontraktor dengan baik. Kami mahu SPRM menyiasat sama ada kontraktor terbabit telah menerima bayaran ke atas kerja penyelengg­araan yang dijalankan.

“Manakala laporan kedua mengenai peniaga Pasar Malam Saberkas yang diminta membayar sejumlah amaun bil elektrik kepada sebuah persatuan dipercayai tidak berdaftar,” katanya ketika ditemubual pemberita semalam.

Dr Ting turut menyaranka­n kepada orang awam mempunyai maklumat mengenai gejala rasuah boleh melaporkan kepada pejabat SPRM di sini.

“Anda boleh terus pergi sendiri atau boleh juga melapor kepada pihak kami untuk membawa isu tersebut ke pihak penguat kuasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia