Didenda atau penjara, jalani pengawasan dakwaan dadah

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Denda RM1,800 atau dua bulan penjara, itu hukuman dikenakan Mahkamah Majistret semalam ke atas seorang lelaki mengaku bersalah menggunakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, Mohamad Jaya Bujang supaya menjalani pengawasan oleh pihak berkuasa selama tempoh dua.

Mohamad Jaya, 49, dari Kampung Pujut Tanjung Batu di sini didapati telah menggunakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952, dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.40 tengah hari, 11 April 2014 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta DAdah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta merta dikehendaki menjalani pengawasan pihak berkuasa selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.