Lelaki dipercayai patah kedua-dua lengan dirujuk ke Hospital Sibu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Seorang pesakit lelaki dari Kapit yang dipercayai patah kedua-dua lengannya dirujuk ke Hospital Sibu semalam.

Menurut sumber dari hospital di sini, lelaki itu ditemui terbaring di tepi jalan oleh orang awam di Kapit yang kemudian menghubungi tal- ian kecemasan untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul manakala dadanya juga sakit.

Memandangkan tiada saksi di tempat kejadian, punca kecederaan mangsa tidak dapat dipastikan sama ada ter- libat dalam satu pergaduhan atau sebaliknya.

Pihak hospital di Kapit memutuskan merujuk mangsa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa tiba di Unit Kecemasan Hospital Sibu sekitar jam 10.30 pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.