Utusan Borneo (Sarawak)

Tipu dalam talian, 16 laporan diterima di Miri

-

MIRI: Sebanyak 16 laporan polis diterima setakat September di bahagian ini berhubung kegiatan sindiket penipuan dalam talian (scam) membabitka­n kerugian kirakira RM600,000.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner (ACP) Lim Meng Seah berkata daripada jumlah tersebut, tujuh melibatkan ‘ Macau Scam’ manakala sembilan kes melibatkan ‘Love’ dan ‘Parcel Scam.’

“Disebabkan bilangan kes semakin meningkat, saya mengingatk­an orang awam agar tidak mudah tertipu dengan kata- kata melalui panggilan telefon atau dalam talian daripada sindiket yang meminta anda memindahka­n sejumlah wang ke akaun mereka.

“Apabila anda menerima panggilan yang mencurigai, anda dinasihatk­an untuk tidak panik malah pergi ke balai polis atau pihak bank untuk membuat semakan mengenai perkara tersebut,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini, petang kelmarin.

Turut hadir Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Asisten Superinten­dan (ASP) Adianto Mudin.

Tambah Lim, pengguna juga diingat tidak mendedahka­n identiti diri masingmasi­ng kepada mereka yang tidak dikenali.

“Jangan mudah mendedahka­n nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank kepada pihak yang tidak bertanggun­gjawab ini.

“Jika anda mendedahka­n kesemua maklumat tersebut, ini akan memudahkan sindiket ini untuk meragut kesemua duit simpanan anda di dalam bank,” katanya.

Katanya, Polis Bukit Aman telah menjalanka­n operasi bagi membantera­s sindiket ini dari berleluasa di negara kita.

“Malah, telah banyak tang- kapan dan serbuan dijalankan sebelum ini namun disebabkan sindiket ini mempunyai banyak kumpulan, maka masalah yang sama muncul kembali,” katanya.

Menurut Lim, jumlah kes tersebut adalah bagi mangsa yang membuat laporan polis sahaja, namun masih ada lagi mereka yang menjadi mangsa tidak mahu mendedahka­n perkara itu kepada polis.

“Antara penyebab mereka tidak melaporkan kepada polis kerana malu dengan keluarga jika mengetahui mereka telah ditipu oleh sindiket terbabit.

“Kebanyakan laporan yang kita terima banyak melibatkan golongan wanita berumur dalam lingkungan 30-an dan ke atas,” katanya.

Bagi orang awam yang pernah menerima panggilan penipuan yang meminta untuk memindahka­n sejumlah wang ke akaun lain, anda boleh menyemak dahulu akaun tersebut dengan melayari laman web http://ccid. rmp.gov.my/semakmule/.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia