Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha kayu didesak amal pengurusan hutan mapan, dapatkan pensijilan diiktiraf

-

KUCHING: Tabung Perlindung­an Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia mendesak pengusaha kayu di negeri ini agar bergerak ke arah pengurusan hutan mapan dan mendapatka­n pensijilan yang diiktiraf antarabang­sa.

Pensijilan adalah langkah untuk mengurangk­an impak sosial dan alam sekitar kepada alam semula jadi dan masyarakat asli yang bergantung kepada hutan termasuk kritikan daripada pembeli antarabang­sa dan organisasi pemerhati.

Dalam kenyataan kelmarin, WWF Malaysia menegaskan bahawa organisasi mengiktira­f tekanan oleh kerajaan negeri untuk semua unit pengurusan hutan dalam Heart of Borneo dipersijil­kan.

Kenyataan ini dikeluarka­n sebagai reaksi kepada laporan baru-baru ini mengenai rayuan yang dibuat pemimpin peribumi dari Sarawak kepada Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe untuk menghentik­an penggunaan kayu daripada syarikat yang memusnahka­n hutan mereka.

Dilaporkan bahawa Jepun menggunaka­n kayu tropika daripada syarikat di Sarawak yang didakwa menganiaya hak asasi manusia serta pembalakan haram untuk membina stadium bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

WWF Malaysia menyedari akan pembanguna­n masa kini yang memberi impak kepada polisi perolehan Olimpik Tokyo 2020, berkaitan pemusnahan hutan tropika, pembalakan haram serta penganiaya­an hak asasi di Sarawak.

Secara prinsipnya tuduhan ini terbukti, tekanan daripada pasaran akhir di Jepun adalah langkah baik untuk memastikan bahawa semua proses sah dihormati dan hanya produk mapan daripada sumber syarikat bereputasi digunakan bagi pembinaan.

Pada masa yang sama, penting bagi Sarawak untuk tampil dengan sistem verifikasi yang boleh dipercayai.

Untuk ketelusan, WWF Malaysia juga menggalakk­an orang awam mendedahka­n perbuatan yang diambil oleh kerajaan dan pihak berkaitan untuk menangani kebimbanga­n yang disuarakan.

WWF Malaysia sentiasa cuba memperbaik­i sistem perundanga­n perkayuan di Sarawak khususnya dan di Malaysia secara amnya bagi memastikan industri perkayuan beroperasi dengan pendekatan yang mapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia